Thursday, 2 August 2012

Surat yang dihantar kepada Utusan : Bangsa Berpecah Islam Dihina

Tindakan pantas Badan Kebajikan Imam-Imam Daerah Ledang dan Jawatankuasa Imam-Imam Masjid Qariah Daerah Ledang yang telah membuat laporan polis berhubung kegiatan sebuah pusat tuisyen di Ledang yang menghina Islam dalam nota ringkas bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan empat dengan memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad S.A.W. seperti laporan akhbar bertajuk "Imam buat laporan polis" di dalam Utusan Malaysia bertarikh 1 Ogos 2012 amatlah dihargai.

Diharapkan agar lebih banyak NGO Melayu dan Islam yang tampil di seluruh negara untuk membuat laporan polis yang sama terhadap pengusaha pusat tuisyen tersebut,  Lim Lee Yee,  26 dan juga guru tersebut iaitu Fu Chong Yoong,  26. 

Kronologi kejadian ialah di mana pada 4 Julai yang lalu,  seorang pelajar sekolah menengah telah terjumpa dengan nota tersebut di tepi longkang pusat tuisyen berkenaan sebelum menyerahkan kepada salah seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) dan seterusnya laporan polis dibuat pada 26 Julai lalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab dan menghina Islam oleh guru pusat tuisyen tersebut yang melukiskan 16 karakter sahabat Nabi,  antaranya Zubir Al-Awwam dilukis dengan wajah khinzir,  Amir Fuhairah pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya terbuka dan ditutup dengan tulisan Cina,  begitu juga lukisan Uthman Affan dikelilingi tiga wanita seolah-olah kaki perempuan.

Di dalam satu lagi laporan akhbar bertajuk "Saya ingin mohon maaf - Chong Yoong" di bawah artikel terdahulu di atas itu,  pada hemat penulis langsung tidak ikhlas dan tidak menggambarkan sebarang kekesalan yang tulus kerana dia hanya meminta maaf untuk mengelakkan diri daripada diambil tindakan oleh Jabatan Pelajaran kerana kenyataan Pengarah Pelajaran Negeri,  Mohd.  Noor A. Ghani yang mengatakan beliau menganggap perkara ini sudah selesai kerana mereka sudah tampil memohon maaf.

Memetik kata-kata daripada guru tersebut,  Fu Chong Yoong,  26 yang mengatakan, "Niat saya hanya ingin memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar dan bukan untuk menimbulkan sebarang isu.  Saya memang tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif".

"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana menyentuh sensitiviti mereka dan saya berharap masyarakat di Tangkak dapat memaafkan saya."

Walaupun Pengarah Pelajaran Negeri telah menganggap perkara ini sudah selesai,  itu hanyalah di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri,  di atas budi-bicara beliau sebagai seorang Pengarah.

Namun demikian,  laporan polis telah pun dibuat oleh Badan Kebajikan Imam-Imam Daerah Ledang dan Jawatankuasa Imam-Imam Masjid Qariah Daerah Ledang dan siasatan polis akan tetap diteruskan.

Tindakan guru tersebut ialah biadap,  kurang ajar,  penuh dendam-kesumat dan kebencian terhadap Islam dan secara halus menghasut para pelajar di pusat tuisyen mereka supaya menimbulkan kebencian terhadap Islam dan pemimpin-pemimpin Islam.

Ini sekaligus membuktikan bahawa elemen subversif dan fahaman mulhid komunisme masih kuat dipegang dan giat disebarkan secara halus oleh para pendokongnya yang sekarang berselindung di sebalik wajah baru.

Alasan yang dia tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif tidak masuk akal sama sekali memandangkan dia sudah 26 tahun hidup di Malaysia,  sebagai rakyat Malaysia sepatutnya dia sensitif dengan ajaran agama kaum lain dan menghormatinya kerana selama ini pun umat Islam begitu bertoleransi dan tidak pernah sama sekali menghina agama kaum lain.

Inilah akibatnya apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri 1946 telah dimansuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan telah digantikan oleh Akta Keharmonian Sosial.

Kebiadapan golongan seperti ini kian menjadi-jadi tanpa sebarang kawalan dan tanpa takut kepada sebarang implikasi yang mungkin tercetus oleh tindakan tidak
bertanggungjawab mereka itu.

Inilah bahananya perpecahan yang melanda bangsa Melayu Islam sehinggakan orang lain begitu mudah memperkotak-katikkan bangsa dan agama kita.

Sekali lagi saya menyeru orang ramai khususnya badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik yang dianggotai oleh umat Islam tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis dan menunjukkan bantahan terhadap sikap kurang ajar dan keceluparan golongan seperti ini. 

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.