Sunday, 4 November 2012

Kutipan Derma / Barangan Keperluan Harian Untuk Baitul Islah

Pada bulan November 2012 ini,   pihak Jakamas melancarkan satu program kutipan derma (wang ringgit/keperluan harian) untuk Baitul Islah iaitu sebuah institusi rawatan dan pemulihan untuk remaja-remaja perempuan yg terlibat dgn gejala sosial yang kronik.

Seramai 69 anak-anak,  4 guru dan 5 pembantu urusan yang tinggal di Baitul Islah buat masa sekarang.

Para penderma/pembayar zakat berkelayakan untuk menerima pelepasan cukai.  Diharapkan rakan-rakan dan sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan bolehlah e mel saya di :

urustadbirjakamas@gmail.com.

Buat masa sekarang,  Baitul Islah sedang berusaha untuk mendapatkan satu van untuk tujuan pengangkutan.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.  Terima kasih di atas sumbangan anda dan semoga anda diberkati oleh Allah s.w.t. dengan rezeki yang melimpah-ruah.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.