MENANGANI KOS SARA HIDUP
- BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
- Baucar Buku 1Malaysia RM300 dan Bantuan Persekolahan RM150.
MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK
- Membina 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA.
- Harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA
- Laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR
- Membina 2,300 km Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan di Sarawak ke Serudong di Sabah.
- Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
- Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL
- Tabung untuk pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.
MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA
- Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
MEMERANGI GEJALA RASUAH
- Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM.
- Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tingi tambahan untuk kes rasuah.
KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM
- Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF
- Menarik pelaburan RM1.3 juta peluang kerja dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapan tinggi.
MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
- Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis setiap tahun.
MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA
- Menambah jumlah wanita dalam proses membuat keputusan rasional.
MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR
- Memulihkan rumah kos rendah dan flat di bandar.
- Menyemak Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
MEMENUHI ASPIRASI BELIA
- Tabung, latihan dan insentif kepada belia yang minat usaha niaga komersial.
MEMPERKUKUH PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK TADBIR URUS
- Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI
- Menguatkuasakan undang-undang ketat bagi dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.
GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL
- Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
- Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
* Ini merupakan sebahagian daripada intipati Manifesto BN
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.