Tindakan kurang
ajar dan tidak bermoral beberapa peserta 'Himpunan Janji Bersih' pada
malam merdeka di Dataran Merdeka yang memijak gambar YAB Perdana Menteri
dan isteri mengundang kemarahan pelbagai peringkat rakyat Malaysia.
Pada
4 September 2012, di antara jam 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang,
sebanyak 15 laporan polis serta sidang media telah dibuat oleh pelbagai
NGO di IPD Ampang. Seramai lebih kurang 50 orang daripada parti politik dan NGO telah hadir membuat laporan polis tersebut.
Di
antara NGO-NGO yang terbabit membuat laporan polis tersebut ialah
Pertubuhan Belia 1Pandan, Kelab Komuniti Pandan, persatuan-persatuan
penduduk, PPUMNO Pandan, PPUmno
Ampang, PPP Ampang, MIC Ampang, Pertubuhan Seni Silat Gayong
Malaysia, Mubarak Ampang, 1Agenda, Persatuan Media Malaysia dan
Jakamas telah menunaikan tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan membuat laporan polis
terhadap kejadian tersebut yang berbentuk hasutan membenci pemimpin
negara ini.
Liputan media telah dibuat oleh pemberita daripada NST, Utusan Malaysia, BERNAMA dan RTM.
Liputan media telah dibuat oleh pemberita daripada NST, Utusan Malaysia, BERNAMA dan RTM.
Semua
rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara serta NGO-NGO lain
juga diseru agar membuat laporan polis juga bagi membolehkan pihak
berkuasa iaitu KDN dan PDRM agar mengambil
tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara hasutan dan
tindakan lucah menunjukkan punggung terhadap gambar PM dan isterinya.
Inilah
sebabnya pihak pembangkang dan NGO yang didalangi pembangkang begitu
teruja memohon agar Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Hasutan
supaya dihapuskan bagi memudahkan
lagi mereka menjalankan tindakan yang mengancam keselamatan negara
tanpa perlu lagi mereka bimbang mereka akan ditahan dibawah akta-akta
tersebut.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.