Pada hari Khamis, 20 September 2012, jam 3.30 hingga 4.30 petang, 3 laporan polis telah dibuat oleh Ketua PPUmno Ampang bersama wakil NGO Jakamas dan Yayasan Mays bertempat di balai polis Ampang.
Antara tokoh yang hadir ialah En. Safarizul Mustafa, Ketua PPUmno Ampang, Dato' Ismail Kijo, Ketua Umno Bahagian Ampang, En. Zul Azha Cha, Presiden 1Agenda, En. Isa Saidi, Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang merangkap Presiden Yayasan Mays.
Kehadiran disertai oleh lebih kurang 25 orang. Demo telah dibuat selepas laporan polis di hadapan IPD Ampang. Laporan polis adalah bagi mendesak siasatan daripada KDN dan pihak polis terhadap kenyataan Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tentang perbuatan orang Islam yang membuang masa membantah filem "Innocence of Muslim".
Lebih banyak NGO dan individu yang prihatin terhadap penghinaan terhadap agama Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan di bawah peruntukan undang-undang dan seterusnya mendakwa Ngeh Koo Ham di atas dakwaan menghasut rakyat membenci Islam dan juga memperlekehkan agama Islam serta tindakan orang Islam yang bangkit menentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.