Wednesday 27 February 2013

DAP bertanding 150 kerusi, PAS dan PKR berkongsi 72 kerusi

Adakah kejadian 13 Mei 1969 akan berulang?  Ini kerana kelihatan apa yang dibangkitkan oleh mereka pada 1969 cuba diulangi semula pada waktu sekarang ini.



Sila lihat youtube di bawah.





Nampaknya selepas DAP memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN dalam PRU 2008,  mereka semakin yakin yang mereka mempunyai peluang yang baik untuk menang lebih banyak kerusi dalam PRU ke 13 ini.

72 kerusi pula akan dibahagikan di antara PAS dan PKR.  Ini bermakna PAS dan PKR masing-masing akan mendapat 36 kerusi,  itupun sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan kerusi tersebut sama rata.

Di dalam PRU ke 12 lepas,  PKR memenangi 30 kerusi dan PAS memenangi 23 kerusi.

Ini bermakna PAS masih lagi diketepikan di dalam Pakatan Rakyat kerana mereka mempunyai jumlah kerusi paling sedikit di dalam PR dan tidak layak untuk bersuara atau membuat keputusan langsung tanpa kebenaran daripada DAP.

Tan Kok Wai (timbalan pengerusi DAP) telah mengesahkan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta. 

Jika DAP memenangi lebih banyak majoriti di dalam PRU ke 13 kali ini,  ini bermakna mereka masih lagi mempunyai suara majoriti di dalam PR dan boleh mengetepikan suara pemimpin PAS dan juga PKR.

Maka dengan ini,  yang rugi ialah orang Melayu kerana mereka mempunyai suara paling sedikit di dalam Parlimen.

Jika itu berlaku,  perlembagaan negara boleh diubah sekiranya orang bukan Melayu memenangi lebih banyak kerusi berbanding dengan orang Melayu yang beragama Islam.

Pembaca boleh membaca artikel berkaitan di sini [Klik Di Sini]
.  

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.