Petikan dari Jangan bunuh angsa telur emas (Berita Harian).
Baru-baru ini Kunta Kinte makan tengah hari dengan Tun Dr Mahathir 'The
Wizard' Mohamad. Walaupun Kunta Kinte kenal Dr Mahathir sejak 1964,
Kunta Kinte terus takjub dengan luasnya pengetahuan dan minat dia.
Tapi Dr Mahathir tidak tunjuk pandai atau potong cakap orang. Apabila
kita cerita sesuatu kepadanya, dia dengar. Sama ada dia percaya atau
tidak, setuju atau tidak, itu hal lain. Yang jelas dia dengar.
Selalunya apabila kita bercakap, dia dengar. Dia tidak potong
cakap kita sampailah kita habis bercakap. Orang putih kata, a good
listener. Lepas kita habis bercakap baru dia balas. Dia jarang kata dia
tidak setuju atau tidak percaya cakap kita. Apatah lagi kata hujah kita
bodoh.
Kunta Kinte susah hatilah sikit apabila dengar rintihan pihak-pihak yang beroperasi di Cyberjaya kata mereka hadapi masalah dengan sesetengah agensi dan jabatan kerajaan yang sepatutnya bantu mereka”
Sebaliknya dia akan bagi pendapat dia. Sebab itulah walaupun wartawan tanya soalan cetek, dia jawab dengan serius dan bernas. Daripada situlah kita dapat kesan dia setuju atau tidak setuju dengan kita.
Ramai tak tahu
Yang ramai orang tak tahu, Dr Mahathir bukan saja suka dengar pendapat orang cerdik dan orang pangkat tinggi, tapi dia pun suka dengar pandangan orang biasa – orang kampung, pekerja dan pemimpin bawahan.
Pasal itulah, sampai hari ini pun, lepas dia dah dekat 10 tahun bersara daripada jawatan Perdana Menteri, orang masih berduyun-duyun jumpa dia, tanya soalan dan dengar cakap dia.
Oleh kerana dia suka membaca dan dengar pandangan orang lain, maka pengetahuan dan maklumat yang dia ada sangat luas. Boleh kata tak ada benda yang dia tak tahu atau tak minat. Cuma ada benda yang dia tak mahu cakap atau dedahkan sebab kesannya mungkin buruk bagi orang atau pihak tertentu.
Masa Kunta Kinte dan beberapa orang kawan makan dengan Dr Mahathir, dia kata ramai orang tidak tahu sebahagian animasi dalam filem Life of Pi dibuat di Malaysia. Kunta Kinte pun tidak tahu walaupun Kunta Kinte tonton filem arahan Ang Lee itu.
Apabila Kunta Kinte selidik baru Kunta Kinte tahu yang animasi filem itu dibuat oleh Rhythm & Hues Studios, Amerika Syarikat yang babitkan studionya di India, Malaysia, Kanada dan Taiwan.
Ensiklopedia atas talian Wikipedia dalam catatan mengenai filem itu memetik seorang artis animasi Malaysia bernama Abdul Rahman sebagai berkata, inilah kali pertama animasi sebuah filem dihasilkan secara jarak jauh menggunakan teknologi terbaru dan canggih.
Suka kartun, animasi
Ramai orang tak tahu yang Dr Mahathir sebenarnya sangat suka kepada kartun dan animasi. Dia adalah antara peminat setia kartunis Datuk Lat dan dia kerap bagi cadangan mengenai kartun dan animasi dalam media massa.
Sebagai pengasas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta pelopor Cyberjaya, Dr Mahathir daripada awal lagi mahu kartun dan animasi jadi sebahagian daripada kegiatan ICT di Malaysia, terutama di Cyberjaya.
Jadi Kunta Kinte harap taklah tepat atau berasas cakap-cakap yang Cyberjaya tak lagi dibagi keutamaan. Bukan apa, tapi Kunta Kinte dengar, ada orang kata Cyberjaya sudah kalah kepada wilayah-wilayah pembangunan lain, khususnya Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
Kunta Kinte harap apa yang baik, tak kiralah di mana dan Perdana Menteri mana yang buat, kita teruskanlah. Janganlah kita jadi tikus yang membaiki labu atau jadi rumah siap pahat berbunyi.
Usah pinggir Cyberjaya
Lagipun di Malaysia kita ini, sampai waktu ini, semua Perdana Menteri adalah daripada bangsa yang sama dan parti yang sama. Jadi, mana-mana yang terbukti baik dan berguna teruskanlah saja.
Kunta Kinte susah hatilah sikit apabila dengar rintihan pihak-pihak yang beroperasi di Cyberjaya kata mereka hadapi masalah dengan sesetengah agensi dan jabatan kerajaan yang sepatutnya bantu mereka.
Kita kena ingat, sebahagian besar pihak yang beroperasi di Cyberjaya adalah syarikat-syarikat raksasa Malaysia seperti Telekom, Astro dan Maybank serta syarikat multinasional dari merata dunia. Mereka ini pula bagi pekerjaan kepada berpuluh ribu pekerja ICT kita.
Jadi, Kunta Kinte harap janganlah sebab kita ada fokus lain, kita buat Cyberjaya macam anak tiri atau bunuh itik angsa yang hasilkan telur emas. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.