Tuesday 4 September 2012

Politik Kebencian Pihak Pembangkang Amat Memualkan




Tindakan yang dicetuskan oleh sekumpulan manusia yang tidak bertamadun serta tidak bertanggungjawab yang sanggup memijak gambar Perdana Menteri Malaysia,  YAB Datuk Seri Najib Tun Razak amatlah mendukacitakan.


Ini kerana Perdana Menteri kita itu adalah pemimpin tertinggi negara yang seharusnya dihormati oleh semua rakyat Malaysia dan mereka yang sanggup menghina beliau ke tahap serendah itu tidak patut mengaku mereka adalah rakyat Malaysia.

Tidak cukup dengan itu,  terdapat juga segelintir daripada mereka yang menghina Jalur Gemilang dengan mempamerkan bendera baru seakan-akan bendera Singapura untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Sebagai orang Timur,  tak kira apapun bangsa atau agama kita,  kita sepatutnya mempunyai nilai-nilai murni yang mana kita seharusnya menghormati orang lain dan bendera negara kita.

Agama Islam juga mengajar umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah agar mentaati pemimpin.

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu". (al-Nisaa' (4): 59)

Sabda Rasulullah SAW: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat". - Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Sehubungan dengan kedua-dua insiden itu,  kedua-dua kes sedang disiasat oleh pihak PDRM yang telah menubuhkan satu pasukan khas untuk kes tersebut.

Datuk Seri Mohd.  Bakri Mohd. Zinin,  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata perbuatan tersebut adalah serius kerana ia boleh menggugat kesetabilan negara dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 digunakan bagi menyiasat tindakan mempamerkan bendera baru bagi menggantikan bendera Malaysia.  Perbuatan tersebut boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum dan penduduk negara ini.

Manakala Seksyen 290 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan digunakan untuk tindakan memijak gambar pemimpin negara dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan untuk perbuatan menunjukkan punggung di khalayak ramai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan di talian 03-20319999.

Sebenarnya tindakan memijak gambar PM itu membuktikan betapa mereka itu tidak bijak dan tidak berfikir tentang implikasi tindakan mereka itu yang akan membuatkan mereka boleh didakwa di bawah peruntukan undang-undang negara.


No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.