Saturday, 16 March 2013

Geran Persatuan Penduduk Oleh Kerajaan Barisan Nasional


Inisiatif ini telah dibuat oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ianya telah diumumkan bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat.


Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri ketika pembentangan BAJET 2013- FOKUS KELIMA :  MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

Pemberian geran di bawah inisiatif mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni.

Menyokong peranan persatuan penduduk bagi tujuan menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan.

Geran berjumlah RM10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,  dengan kos sebanyak RM40 juta.

Peralatan yang boleh dibeli/dibiayai dengan geran ini adalah :

1.  CCTV
2.  Lampu Suluh
3.  Vest
4.  Wisel
5.  Baton
6.  Access Card
7.  Walkie-Talkie
8.  Basikal
9.  Peti Kecemasan
10.  Link Fencing
11.  Kon Keselamatan
12.  Palang
13.  Automatic Gate
14.  Baju Hujan
15.  Pembinaan Kabin/Pondok Untuk Aktiviti Cegah Jenayah
16.  Percetakan Kad Keselamatan Polis / Bomba / Ambulans / Pondok Pengawal
17.  Papan Tanda Peringatan Jenayah

Bagi permohonan item yang tiada dalam senarai,  perlu memperoleh kelulusan daripada bahagian NKRA.

Syarat Permohonan.

1.  Persatuan Pendudduk yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

2.  Persatuan perlu menghantar borang permohonan yang dilengkapkan dengan pilihan cadangan kegunaan geran berserta anggaran harga serta gambar kawasan.

3.  Setiap permohonan yang diluluskan layak menerima geran SEHINGGA RM10,000.

4.  Pihak pertubuhan hendaklah memastikan bahawa laporan (aktiviti dan perbelanjaan) WAJIB diserahkan kepada PENGARAH JPMM Negeri DUA kali setahun (setiap enam bulan) selepas diluluskan.

5.  Permohonan boleh  dilakukan atas talian di www.eroses.gov.my/geran/ [Klik di sini] atau secara datang terus ke Pejabat JPPM Negeri berkenaan MULAI 15 JANUARI 2013 HINGGA 30 JUN 2013 SAHAJA.


No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.