Wednesday, 14 November 2012

Tajuk-tajuk Pidato Bagi Pertandingan Pidato Himpunan Wanita Muda Negara 2012

Himpunan Wanita Muda Negara akan diadakan pada 25 November 2012 di Dewan Tun Razak 1,  PWTC di mana negara julung-julung kali akan menyaksikan wanita muda berkumpul daripada seluruh negara berhimpun di sana bagi menjayakan pelbagai program yang telah dirancangkan pada hari tersebut.

Ianya dianjurkan oleh Puteri UMNO Malaysia dan Sekretariat IDEA.


Walau bagaimanapun,  beberapa pertandingan yang telah dirancang seperti Pertandingan Pidato Wanita Muda,  Penyelidikan Gender dan juga Rancangan Perniagaan Wanita Muda akan diadakan pada 17 November 2011 di peringkat saringan.

Pertandingan akhir pidato pula akan diadakan pada 18 Novmber 2011 di mana YB Dato Rosnah akan memeriahkan lagi majlis. 

Di bawah ini adalah di antara tajuk-tajuk yang diberikan untuk dipilih oleh peserta-peserta pidato yang bakal bertanding pada hari Sabtu,  17 November bermula jam 9.00 pagi nanti. 

Sebanyak 25 buah tajuk yang disediakan untuk dipilih oleh para peserta bertempat di Dewan Utama Institut KWSP,  Bangi pada 17 November ini di peringkat saringan dan 18 November ini bagi peringkat pertandingan akhir.

1. Kepimpinan Wanita Mengstabilkan Politik Semasa
2. Wanita Besi Idola Baru Masyarakat
3. Wanita Arkitek Pembangunan Masyarakat
4. Wanita Teras Pembina Masa Depan Negara
5. Semangat Tun Fatimah Rukun Pemimpin Berjaya
6. Wanita Malaysia Kini Di Pentas Dunia
7. Wanita Berkarisma Memimpin Zaman
8. Wanita Teras Masyarakat
9. Transformasi Wanita Seiring Transformasi Negara
10. Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia
11. Hak Asasi Wanita : Teras Kesejahteraan Rakyat
12. Sudah Tiba Masanya Perdana Menteri Malaysia Seorang Wanita
13. Keperibadian Wanita Asas Kebahagian Keluarga
14. Wanita Unggul Menjana Ekonomi Ummah
15. Wanita Simbol Kecemerlangan Sahsiah
16. Wanita Bermaruah Khazanah Dunia
17. Puteri Disanjung, Wanita Dijunjung
18. Wanita Tunggak Transformasi Negara
19. Gejala Sosial : Wanita Ubatnya
20. CEDAW LAmbang Pemerkasaan Wanita
21. Hak wanita Tanggungjawab Bersama
22. Pejuang Feminisme Lambang Wanita Dibela
23. Penglibatan Wanita Dalam Sektor Awam : Memperkasa Pembangunan Nasional
24. Ketokohan Wanita Malaysia Menggegar Dunia
25. Wanita Berkerjaya Nadi Pembangunan Negara

Akhir sekali,  penulis ingin mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada peserta-peserta pertandingan Pidato Wanita Muda,  Penyelidikan Gender dan Rancangan Perniagaan Wanita Muda. 

No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.