Monday 12 November 2012

Gambar-gambar Program 'Open Day Perdana Library'

Berikut ialah beberapa gambar yang telah diambil oleh penulis pada 7 November 2012 pada Hari Terbuka Perpustakaan Perdana bertempat di Perdana Leadership Foundation di Putrajaya. 



Penulis telah menyertai 'Speaker's Corner' bagi kategori orang awam di mana ucapan yang diberikan adalah "impromptu".


Salah seorang pemidato yang telah mengambil bahagian.


Peserta pemidato wanita kategori IPTA.


Pemidato yang hebat.


"Banner" Hari Terbuka Perpustakaan Perdana.


Hakim-hakim yang arif menghakimi pertandingan pidato.


Upacara pemberian hadiah pada jam 12.30 tengahari bagi peserta aktiviti dan juga cabutan bertuah.


Salah seorang pemenang hadiah.



Penulis telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan pidato.



Tun Dr Mahathir sempat menandatangani buku salah seorang peminat sewaktu bergegas ke upacara di sebuah hotel.



Wajah seorang pemimpin yang dihormati dan disegani dunia.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.