Sunday 18 November 2012

Pertandingan Sempena Himpunan Wanita Muda Negara 2012


Pada 16 November 2012,  para peserta pertandingan 3 kategori,  iaitu Pertandingan Pidato Wanita Muda,  Penyelidikan Gender dan Rancangan Perniagaan Wanita Muda telah pun tiba bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang akan diadakan pada 17 dan 18 November 2012.


Penyertaan bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan adalah percuma dan tidak dikenakan apa-apa yuran penyertaan.

Bagi mereka yang hadir dari jauh,  seorang peserta penyelidikan gender telah dengan bersemangatnya datang daripada Johor Bharu diberikan tempat penginapan di asrama Institut KWSP.

Seramai 20 orang yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Pertandingan Pidato Wanita Muda yang telah diadakan di bilik seminar 3.1 di aras 3,  Institut KWSP di Bangi,  Selangor.

Tetapi pada hari pertandingan iaitu pada hari Sabtu,  17 November 2012,  hanya 17 orang peserta yang telah menghadirkan diri.  Mungkin 3 orang peserta lagi tidak dapat menghadirkan diri mereka disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Seramai 5 orang peserta telah terpilih untuk ke pertandingan pidato peringkat separuh akhir yang mana pertandingan pidato di peringkat akhirnya telah diadakan pada 18 November 2012 di mana YB Dato Rosnah telah menghadirkan diri untuk menyaksikan pertandingan pidato akhir itu.

Terdapat 4 lagi pertandingan yang akan diadakan di PWTC pada 25 November 2012 nanti iaitu hari Ahad yang bakal menyaksikan wanita muda daripada seluruh negara berkumpul di bawah satu bumbung untuk bersatu menyertai pelbagai program menarik yang telah dirancangkan pada hari tersebut.

Y.A.B.  Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbesar hati menyudikan diri untuk upacara pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan akhir Pertandingan Pidato Wanita Muda yang telah menawarkan hadiah-hadiah menarik iaitu RM3,000 bagi tempat pertama,  RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga pada 25 November 2012 nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang program-program berserta dengan pertandingan-pertandingan yang telah dan bakal diadakan sempena Himpunan Wanita Muda Negara 2012 [Klik di sini]
.  

Para pembaca boleh melihat gambar-gambar yang telah diambil sempena pertandingan pidato di peringkat saringan yang telah diadakan pada 17 November 2012 bermula pada jam 9.45 pagi itu di dalam 'posting' seterusnya.

Sewajarnya Himpunan Wanita Muda Negara ini dijadikan acara tahunan bagi mencungkil lagi bakat-bakat wanita muda yang sebenarnya berkebolehan dan berkemampuan untuk digilap bagi menjadi pemimpin di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.