Friday 2 November 2012

Pertandingan Debat Pendidikan Islam Serantau (Pendepis)





Satu Pertandingan Debat Pendidikan Islam Serantau atau nama ringkasnya Pendepis telah diadakan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada 28 sehingga 31 Oktober 2012 baru-baru ini.

Seramai 6 pasukan debat daripada Malaysia dan juga Brunei telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

Pertandingan debat ini telah dianjurkan bersempena dengan Majlis Konvokesyen KUPU SB Kedua 2012 di Bandar Seri Begawan,  Brunei Darussalam.

Di antara pasukan-pasukan debat yang telah menyertai pertandingan ini ialah UPSI,  USIM,  UNISSA,  UBD,  KUPU SB 'A' dan KUPU SB 'B'.

Seramai 27 orang hakim daripada Brunei dan Malaysia telah menghadirkan diri bagi menjalankan tanggungjawab menghakimi pendebatan di antara Universiti dari Brunei dan Universiti dari Malaysia ini.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) johan kumpulan A dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) johan kumpulan B yang akan bertanding di peringkat 'final' Pertandingan Debat Pendidikan Islam di KUPU SB pada hari Rabu,  31 Oktober 2012.

Keputusan akhir peringkat 'final' Pertandingan Debat menyaksikan keunggulan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah menjadi johan,  menewaskan KUPU SB 'B'.




  Ketua hakim memberikan penjelasan di dalam Bengkel Penghakiman Debat pada 28 Oktober 2012.

 Ketua hakim memberikan penerangan tentang pengiraan markah bagi penghakiman debat pada 29 Oktober 2012.

Hadiah bagi johan ialah Brunei Dollar 2,000.  Tahniah diucapkan kepada pendebat-pendebat hebat daripada USIM!  Pendebat-pendebat dari KUPU SB pula tidak perlu berputus-asa.  Cuba lagi pada tahun hadapan.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hajjah Asmah (HEP Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan), Hajjah Mariah, Hajjah Norainun, Puan Norizan dan Babu Meri di atas semua bantuan anda sewaktu saya di Brunei. Tidak lupa kepada MPP KUPU SB, Siti Noor Khalilah Hj Abdullah, Nurul Hafizah Haji Sarudin, Nur 'Amirah bt Hj Rozaini dan DK Nurul Ilyana binti PG Mohammad.

Jasa baik dan kemesraan yang telah ditunjukkan oleh anda semua amatlah saya hargai dan diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi pada Pertandingan Debat Pendidikan Islam Serantau (Pendepis) pada tahun hadapan pula.  Insyallah!

Para pembaca dijemput membaca berita tentang pertandingan debat ini di dalam The Brunei Times [Klik di sini] dan Borneo Bulletin [Klik di sini].



Saya bersama 2 orang hakim lain tengah kusyuk mendengarkan hujah-hujah daripada pendebat-pendebat.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.