Friday, 22 March 2013

Prism Bhd Difitnah Bungkus Oleh Golongan Berkepentingan


SUBHANALLAH!

"Betul ker Prism Bhd. dah bungkus?".

Sungguh dashyat kenyataan tersebut. Sebenarnya Prism Bhd masih beroperasi seperti biasa dan sedang mengatur langkah proaktif untuk membela kepentingan 'artistes' tempatan.

Ia adalah sebuah HASUTAN!

Sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini. Harapnya semua ahli dapat bersabar dan terus menyokong Prism Berhad. Kerana dalam sesebuah perjuangan ianya tidak berubah semalaman. Ya betul Prism Bhd telah memohon LESEN sembilan bulan yang lalu dan ahli telah mengalami KERUGIAN pendapatan selama SEMBILAN bulan ditaksirankan berjumlah RM16.2 juta bermula Jun 2012. 

Tetapi kerana apa?

Kerana berlaku perubahan pada undang-undang?

Kerana pihak-pihak tertentu "melobi" Pak Menteri?

Kerana apa?

Apa jua sebabnya tidak kira apa jualah sebabnya... yang nyata ialah "permainan tok dalang" di belakang tabir telah menyekat SUARA MAJORITI untuk maju kehadapan?

Kenapa ini berlaku?

Kerana ketamakan sesetengah pihak yg ingin MEMONOPOLI industri muzik tempatan.

Kerana menteri di kementerian tertentu ingin menunaikan janji dan menunjukkan kuasa beliau kepada pihak yang tertentu seolah-olah dialah yang paling berkuasa.

FAKTA 1.

Sesebuah organisasi perlu bebas dari kecenderungan menyebelahi "pihak lawan". Contohnya, jika "Persatuan Pekerja" adalah terdiri dari "Ahli Lembaga Pengarah Syarikat", yang mempunyai kepentingan mengaut untung dari syarikat dan megerah pekerja untuk mencapai objektif tersebut. Apakah "Persatuan Pekerja" itu akan bertindak adil terhadap ahlinya? Lazimnya, apa yang akan berlaku ialah pekerja akan dimomok-momokan dengan kehilangan pekerjaan, maka si pekerja tadi akan terus bekerja dengan "gaji kecik" seumur hidupnya untuk menyara keluarga. Bila bersuara dikatakan tidak bersyukur kerana telah diberi pekerjaan. Maka apa yang terjadi ialah "OPRESI". Ini adalah suatu KETIDAKADILAN.

Pekerja perlu tahu apa hak mereka dan "ahli persatuan pekerja" tidak boleh terdiri dari "ahli lembaga pengarah syarikat" yang memegang jawatan didalamnya mahupun sebagai ahli biasa.

Begitu jugalah dengan Prism Berhad yang ingin "BEBAS" dari CENGKAMAN pihak syarikat rakaman. Perlu ada "check & balance". Sebab itu kita tidak mempunyai "persatuan syarikat rakaman" yang menaungi kita. Prism Berhad mewakili "pelaku" iaitu "pekerja" dan jika ada kepentingan syarikat rakaman didalam Prism Berhad maka keadilan tidak dapat dikecapi. Justeru itu, ahli lembaga pengarah Prism Berhad adalah terdiri dari Persatuan Penyanyi Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Indian Recording Industri Malaysia (IRIM), Association of Malaysian Chinese Artistes (AMCA) dan "Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia Kuching" yang rata-rata adalah terdiri dari artis rakaman dan pemuzik rakaman.

FAKTA 2.

Artikel 15 (1) &n (2) WIPO Performance and Phonogram Treaty (WPPT) memberi hak "SARAAN SAKSAMA" kepada semua pihak yang terlibat didalam sesebuah rakaman.

Beberapa buah negara telah berjaya mempraktikkan apa yang termaktub didalam "artikel" diatas sebagai contohnya Indonesia dan Korea. APAKAH kita tidak melihat betapa majunya industri mereka?

Kenapa ini membolehkan kemajuan?

Kerana "artistes" iaitu penyanyi & pemuzik rakaman mendapat imbuhan yang memberangsangkan dan ianya memberi motivasi untuk terus berkarya dan membuat persembahan.

Bila kita diberitahu bahawa kita perlu mencuba sebahagian dari "artikel" tersebut ia umpama menyatakan bahawa lebih 100 buah negara yang mengamalkannya tidak berjaya. Samalah seperti menyatakan suatu "vaksin" yang berjaya menyembuhkan penyakit di 100 negera tersebut tidak berfungsi dengan baik. Apakah ini masuk akal?

Apa yang akan terjadi jika "artikel" tersebut berkuatkuasa sepenuhnya di Malaysia?

Bila sesebuah badan kutipan yang biasa mengutip keuntungan untuk dua pihak shj atau contohnya hasil kutipannya adalah 100 juta dibahagi dua menjadi 50 juta setiap persatuan akan menjadi terbahagi tiga dengan anggaran 33.33 juta setiap persatuan. ADAKAH ini dilihat TIDAK adil atau dilihat TIDAK menguntungkan sesebuah pihak?

ADAKAH "artistes" perlu membuat dua pekerjaan untuk menyara hidup? Sedang "mereka" yang mengaut hasil keuntungan yang datangnya dari keringat kita?

BENAR hak pelaku adalah hak sampingan dan bukan hak eksklusif. Tetapi tanpa "artiste" (pemuzik dan penyanyi rakaman) adakah sesebuah lagu akan laris tanpa imej, suara dan persembahannya?

AKHIR KATA

Diseru kepada semua rakan artis sebagai rakan seperjuangan bukan orang yang mempunyai kepentingan diri.

Terdapat juga rakan artis yang menjadi mangsa syarikat rakaman.  Kepalanya telah berlubang akibat satu kemalangan jalanraya pada tahun 1997 dan di dalam kontrak rakaman TIADA INSURAN sedangkan dia kemalangan sewaktu melakukan promosi album.  Tiada siapa pun yang membela nasibnya ketika itu.

Berapa ramai penyanyi dan pemuzik rakaman yang bercerai-berai, di tahan kerana dadah, menjadi perempuan simpanan, gigolo dsbnya yang senantiasa menjadi sensasi dan bahan jualan media?

Sampai bila para artis hendak melihat rakan-rakan artis kita terpaksa meminta "sedekah" ketika sakit dsbnya?

Sampai bila para artis hendak membiarkan artis-artis veteran yang suatu ketika disanjungi tetapi mati dalam keadaan yang daif?

SEDAR dan BANGKITLAH!

SUARA para artis adalah besar dan para artis punyai peminat yang ramai. Kuasa untuk merubah keadaan berada didalam tangan para artis semua jika mereka bersatu.

LANGKAH PRISM BERHAD

DEMI mempertahankan hak ahli yang telah memberi "mandat" kepada PRISM BERHAD untuk memperjuangkan nasib anda semua.

Difahamkan pihak PRISM BERHAD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berwajib yang memberikan hak kepada segelintir pihak sedangkan PRISM BERHAD yang mempunyai 1230 keahlian dibiarkan tanpa pembelaan.

INGAT para artis perlu BEBAS dari cengkaman pihak yang melakukan OPRESI terhadap mereka.

Masanya akan TIBA untuk semua artis bangkit dan bersuara. SIAPA boleh menidakkan SUARA yang BESAR dan KUAT?

Sebagai rakyat Malaysia para artis tertakluk bawah undang-undang dan perlembagaan negara. Jika YAB PM kita berusaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui "Economic Transformation Plan" (ETP). Maka kenapa menteri tertentu ini TIDAK ikut "action-plan" YAB PM?

Maka beliau didapati telah MENGKHIANATI YAB PM dan KITA SEMUA!

Para artislah "modal insan" negara yang menggerakkan ekonomi melalui industri kreatif!

Berdasarkan kepada kenyataan di atas,  seluruh indikasi menunjukkan ketidak-cekapan,   ada unsur-unsur 'vested interest' dan rosaknya integriti MENTERI yang menjaga hal ehwal kebajikan para artis dan bertanggungjawab kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,  Koperasi dan Kepenggunaan adalah PENGKHIANAT KEPADA INDUSTRI KREATIF!

Diharapkan agar Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan perhatian di atas masalah ini kerana jika semua artis keluar dan menyokong pembangkang,  mereka akan membawa ribuan peminat mereka melakukan perkara yang sama.

No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.