Thursday 14 March 2013

Program Transformasi Kerajaan (iv)


Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

*  Penambahan Bas Awam

   -  470 bas RapidKL disediakan.
   -  4.04 juta orang menggunakan bas.


*  Penambahan Tren Gerabak dan Rel LRT

   -  35 tren empat gerabak LRT ditambah.
   -  10.4 juta penumpang menggunakan LRT.

*  Terminal Bersepadu Selatan

   -  Berjaya mengurangkan kesesakan dengan mengalihkan 500 buah bas ekspres memasuki pusat bandar dari selatan tanah air.

*  Transformasi Terminal Pudu Sentral

   -  Berwajah baru dan kemudahan bertaraf dunia.

*  Bus Expressway Transit (BET)

   -  Memendekkan masa perjalanan bas di tiga laluan utama.

*  New Bus Ticketing System (NBTS)

   -  Tiket yang boleh digunakan pada semua bas RapidKL.

*  Kutipan Tambang Automatik (AFC)

   -  Tiket yang boleh digunakan pada semua destinasi LRT Kelana Jaya dan Ampang.

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Di bawah ETP terdapat empat program yang terangkum di bawahnya iaitu :

*  12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).

*  131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP).

*  Model Baru Ekonomi (NEM).

*  Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Pencapaian ETP

*  Laporan World Economic Forum Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia.

*  Malaysia adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

*  Bank Dunia di dalam laporannya "Doing Business 2012" mengiktiraf Malaysia negara ke-18 paling mudah menjalankan urus niaga.

*  Syarikat perunding A.T. Kearney mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

*  Pendapatan per kapita negara meningkat dari USD 6,700 kepada USD 9,700.

*  Data tahun 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK dan PNK negara semenjak pasca merdeka iaitu dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM852.7 bilion dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) RM830.7 bilion membuatkan kerajaan meraih hasil sebanyak RM185.54 bilion.

*  Pelaburan langsung asing telah meningkat 12.3% kepada RM33 bilion.

*  Pelaburan swasta telah menunjukkan peningkatan 19% kepada RM94 bilion.

*  313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP dan sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar dapat dijana menjelang Tahun 2020.





No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.