Sunday 31 March 2013

Gen-U : Meneraju Kegemilangan Ilmu


Pendidikan Untuk Semua

Mod Baru Pengambilan Pelajar Ke IPT

40% bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah

*  Pengecualian meritokrasi diberi kepada pelajar miskin,  luar bandar,  miskin bandar,  minoriti dan OKU untuk melihat semua rakyat Malaysia mendapat hak berpendidikan tanpa halangan.


*  3,200 tempat di politeknik dan 2,000 di IPTA bagi membantu kemasukan pelajar yang kurang berkemampuan setiap tahun.

Program Destini Anak Bangsa

Kaum India - 1,600 tempat

Anak-anak kaum India yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 diberi laluan khas mengikuti program pra-diploma politeknik.

Orang Asli - 1,000 tempat

Meningkatkan jumlah pengambilan anak orang Asli ke UiTM kepada 1,000 tempat setahun.

Melayu - 10,000 tempat

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewujudkan program Pra Universiti  untuk kaum Melayu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Kemudahan Pembiayaan -->  RM48.59 bilion

Sehingga 28 Februari lalu,  sejumlah 2.16 juta peminjam menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN melibatkan peruntukan kira-kira RM48.59 bilion.

Pinjaman Boleh Ubah -->  RM474.2 juta

PTPTN turut melaksanakan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar yang memperoleh kelulusan kelas pertama sejak 2003 dan sehingga 28 Februari lalu,  sebanyak 16,946 pemimjam diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman.

Tabung Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia

Penuntut daripada keluarga berpendapatan rendah hanya perlu meminjam sebahagian pembiayaan PTPTN untuk menampung kos pengajian.

Wang Pendahuluan Pembiayaan -->  RM70.2 juta

Bagi kemasukan sesi September 2012,  seramai 46,824 pelajar ditawarkan WPP PTPTN membabitkan peruntukan sebanyak RM70.2 juta.

Program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu 

-   APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning)

-  Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency,  MQA) melalui APEL mengiktiraf pengalaman kerja mereka sebelum ini.

-  Mulai 1 Februari 2013,  kemasukan program APEL mula dibuka untuk menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Syarat minima melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti
- 1 SPM Kredit

Sijil Kemahiran Khas untuk golongan OKU dan keperluan khas (bermasalah pembelajaran) Kolej Komuniti

48 graduan dihasilkan sejak 2008

Biasiswa

OKU

*  Tajaan ini memberi insentif/biasiswa dan peluang kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU,  yang berkebolehan atau berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.  Ia bertujuan meningkat dan memperluas peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan.

*  Tajaan ini merangkumi pembiayaan pengajian daripada peringkat sijil sehinggalah kepada tahap PhD di IPTA,  IPTS terpilih,  politeknik dan kolej komuniti.

Sukan

*  RM10 juta

*  Membiayai pengajian kepada 150 atlet cemerlang

YTAR

*  Bantuan Siswa Tunku Abdul Rahman (BSTAR) memperuntukkan bantuan sebanyak RM488,500 kepada 124 graduan ijazah pertama yang layak.

*  Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) khusus membantu pelajar miskin sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam tempatan walaupun telah menerima pinjaman PTPTN.  Seramai 20 pelajar setiap universiti menerima bantuan dengan kadar RM300 sebulan seorang untuk tempoh 10 bulan.

*  Pemberian bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang dalam bentuk elaun sara hidup bulanan RM600 sebulan dan menikmati yuran pengajian percuma.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.