Thursday 11 October 2012

Janji Tidak Ditunaikan




PKR telah menjanjikan 20 meter padu pertama untuk air percuma kepada rakyat negeri Selangor dalam manifesto PRU yang ke 12 lepas.

Tetapi malangnya,  penduduk-penduduk di flat-flat dan pangsapuri kos rendah tidak mendapat apa yang telah pemimpin Pakatan Rakyat janjikan dulu di dalam manifesto mereka.

Ini disebabkan oleh meter air bagi penduduk-penduduk di flat-flat dan pangsapuri kos rendah tersebut dibuat secara sistem pukal dan bukannya meter individu seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah teres ataupun banglo.

Oleh itu,  ini membuktikan mereka sebenarnya hanya mementingkan golongan kelas menengah dan tinggi dan sama sekali tidak mempedulikan mereka yang berpendapatan rendah yang tinggal di flat-flat dan pangsapuri-pangsapuri kos rendah.

Masalah yang membelengu penduduk di Selangor ialah bukannya masalah kekurangan air tetapi masalah kekurangan air yang dirawat dan dibekalkan kepada penduduk-penduduk di Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberikuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),  bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor,  Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),  sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat yang dibeli dari operator logi rawatan air dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability'.  SYABAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Kenyataan Sebenar Krisis Air Di Selangor

1.  Syabas telah memaklumkan bahawa keperluan air di Selangor melebihi bekalan air terawat.

2.  Khalid tidak menerangkan kepada rakyat mengapa tekanan air rendah.

3.  Khalid cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap kerana rakyat terpaksa bayar balik kos pembinaan.  Macamana Khalid boleh tahu harga air akan naik?  Hanya tuduhan dilemparkan tanpa fakta diterangkan kepada rakyat.

4. Khalid cuba menutup kelemahan sendiri dengan mengatakan projek Langat 2 akan diberikan kepada syarikat kroni.  Fakta apa yang Khalid gunakan?  Sedangkan Langat 2 yang dibuka tender (open tender) kepada mana-mana syarikat yang layak.

JANJI TIDAK DITUNAI...  TOLAK PKR,  DAP DAN PAS.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.