PEMBERIAN 59 BUNGKUS NASI BERIANI, LAUK DAN AIR DARI NASI KANDAR BISTRO |
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
Pada 10 Oktober 2012 yang lepas, Jakamas telah mengadakan satu program penyerahan zakat dan derma ke sebuah rumah anak yatim iaitu Baitul Kasih.
Disamping itu juga, 59 bungkusan nasi beriani berserta lauk dan air mineral juga telah didermakan kepada rumah anak yatim tersebut yang mempunyai 45 orang anak-anak yatim, 7 orang warden dan 7 orang guru tadika.
Bekalan makanan telah didermakan oleh Nasi Kandar Bistro oleh seseorang yang telah bermurah hati mendermakan makanan dan minuman tersebut kepada penghuni dan pekerja di rumah anak yatim tersebut.
Syarikat Karangkraf juga telah bermurah hati untuk mendermakan majalah-majalah kepada rumah anak yatim tersebut pada akhir bulan ini di mana kami akan mengutip majalah yang akan didermakan itu untuk diserahkan kepada Baitul Kasih.
Dengan kejayaan khidmat sosial yang dilakukan oleh Jakamas pada kali ini, kami merancang agar ianya dijadikan aktiviti bulanan NGO kami di samping program lain yang akan diadakan nanti.
Kita tidak boleh melupakan mereka yang di dalam kesusahan; anak yatim, ibu tunggal, mereka yang menderita akibat kesakitan, musibah dan perang.
Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dengan membantu orang lain seboleh mungkin dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Ini kerana Allah telah menjanjikan rezeki yang lebih lagi kepada mereka yang memberi zakat dan menderma.
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)
Maklumat tentang Baitul Kasih.
Baitul Kasih,
No. 27, Jalan AU 2A/13,
Taman Sri Keramat, 54200,
Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-4256 7224
Hubungi Ustaz Zahari : 013-330 3430
Maybank : 5621 8812 8345 (Pertubuhan Baitul Kasih WP & Selangor)
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.