Terdapat banyak hadis yang memperkatakan tentang kebersihan. Contohnya seperti di bawah.
"Kebersihan adalah sebahagian dari iman". (H.R. at-Thabrani dan Al-Hakim)
Pada 11 Februari 2012, Datuk Nik Abdul Aziz telah membuat pengakuan tentang kebanyakan masjid di Kelantan masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.
"Kebersihan adalah sebahagian dari iman". (H.R. at-Thabrani dan Al-Hakim)
Pada 11 Februari 2012, Datuk Nik Abdul Aziz telah membuat pengakuan tentang kebanyakan masjid di Kelantan masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam termasuklah di dalam aspek kebersihan.
Jika ianya perkara yang biasa kita amalkan di rumah, sudah tentu kita pun akan mengamalkannya juga ditempat-tempat awam seperti di tandas awam masjid atau surau.
Apakah kebersihan tandas di masjid memerlukan peruntukan untuk penyelenggaraan sekiranya setiap daripada kita ini ikhlas membersihkan tandas yang digunakan setiap kali selepas menggunakannya?
Untuk pembacaan lanjut, sila [Klik di sini]
.
Amatlah menyedihkan juga bilamana Environmental Performance Index atau Indeks Kebersihan Dunia 2012 menunjukkan 10 negara paling bersih di dunia bukanlah negara-negara Islam tetapi negara-negara Eropah yang amat menitik-beratkan kebersihan.
Sikap rakyat Malaysia ini sendiri amatlah memalukan terutamanya mereka yang mendabik dada mengaku merekalah lebih Islam daripada orang Islam lain hanya semata-mata kerana perbezaan parti politik yang disokong tetapi di negeri Kelantan, hal-ehwal kebersihan pun tidak boleh dijaga.
Sikap rakyat Malaysia ini sendiri amatlah memalukan terutamanya mereka yang mendabik dada mengaku merekalah lebih Islam daripada orang Islam lain hanya semata-mata kerana perbezaan parti politik yang disokong tetapi di negeri Kelantan, hal-ehwal kebersihan pun tidak boleh dijaga.
Pemerhatian saya ialah orang Islam ini kurang melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti kesukarelawanan. Apa yang lebih diutamakan ialah "What's in it for me?" atau adakah bayaran yang akan diterima oleh mereka nanti sekiranya mereka melakukan aktiviti kesukarelawan.
Contohnya, saya ingin memberikan contoh sikap sukarelawan jiran saya di kampung di Kota Bharu dulu yang sanggup membawa balik kain sembahyang yang disedekahkan ke masjid untuk dicuci bagi memastikan ianya selesa digunakan oleh sesiapa yang memerlukannya untuk digunakan di masjid.
Sudah tentu tindakan ikhlas beliau membasuh kain-kain sembahyang yang disedekahkan itu adalah satu sikap yang teramat mulia dan patut dicontohi oleh orang lain di kampung kami dan juga di masjid lain. Memandangkan beliau sudah meninggal dunia, saya pun tidak pasti samada ada orang lain yang meneruskan usaha beliau tersebut.
Beliau tidak pun dibayar untuk melakukan itu sebagaimana yang Nik Aziz katakan peruntukan diperlukan untuk membersihkan tandas masjid di Kelantan.
Kita hanya memerlukan beberapa orang sukarelawan yang ikhlas di setiap kawasan yang mempunyai masjid untuk membersihkan tandas kerana ianya bukan sahaja satu tindakan yang mulia iaitu kita membuat kerja sukarelawan secara ikhlas, malah setiap tindakan kita yang memberikan kebaikan kepada orang lain sudah tentu akan membuatkan orang itu mendapat ganjaran pahala.
Sungguh malang bilamana orang Islam tidak dapat mempamerkan nilai-nilai murni yang telah diajarkan di dalam agama Islam sebagaimana akhlak yang telah ditunjukkan oleh rasul kita Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.