23 September 2012
YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat
62502 Putrajaya, MALAYSIA
T1. +603-8888-2211/ 1960
T2. +603-8888-3984
F. +603-8888-3973
E. najib@1malaysia.com.my
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia,
HAK SARAAN SAKSAMA BAGI ARTIS DAN PELAKU
YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat
62502 Putrajaya, MALAYSIA
T1. +603-8888-2211/ 1960
T2. +603-8888-3984
F. +603-8888-3973
E. najib@1malaysia.com.my
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia,
HAK SARAAN SAKSAMA BAGI ARTIS DAN PELAKU
Dengan hormatnya, saya sebagai mewakili ahli-ahli Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (PAPITA) dengan ini memohon untuk menyampaikan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri perkara yang menjadi sebahagian daripada wadah perjuangan ahli-ahli kami yang selama ini dipandang sepi oleh Kerajaan walaupun telah beberapa kali kami cuba sampaikan kepada Menteri yang berkaitan.
Kami percaya bahawa Yang Amat Berhormat Datuk Seri amat perihatin mengenai kebajikan seluruh rakyat Negara ini dan tidak terkecuali juga golongan artis. Justeru, kami memohon jasabaik Yang Amat Dato’ Sri untuk memahami dan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menangani permasalahan yang kami kemukakan melalui petisyen yang dihantar bersama ini.
Golongan artis merupakan “selebriti” yang dikenali oleh masyarakat. Malahan, tidak dinafikan bahawa sebahagian daripada golongan artis ini lebih terkenal daripada ahli-ahli politik. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa golongan artis boleh membawa mesej bagi memberikan impak dan pengaruh kepada sosio-budaya sesebuah Negara.
Biarpun artis adalah selebiriti, kami amat insaf bahawa pada hakikatnya status “selebiriti” itu cumalah status sementara, takala artis berkenaan popular. Gelaran “Seniman Negara” and “Seniwati Negara” tidak membawa makna jika pada akhirnya hidup mereka terpinggir setelah era selebiriti artis berkenaan berakhir. Ini terbukti terhadap apa yang telah berlaku kepada Seniman Negara Tan Sri P. Ramli.
Rata-rata golongan artis tidak berpendapatan tetap. Apalagi mendapat keistimewaan pencen mahupun simpan KWSP atau SOCSO sebagai mengisi keperluan mereka ketika usia senja mahupun ketika ditimpa kecelakaan. Apabila kegilapan bintang seseorang artis itu tidak lagi menyinar, sumber pendapatan mereka sekaligus terjejas. Jikapun ada bekalan hari tua, cumalah bayaran-bayaran royalti yang mereka terima.
Kami sediamaklum bahawa Akta Hakcipta 1987 (Seksyen 16B) memberikan hak “saraan saksama” kepada pelaku (artis). Namun demikian, saraan saksama ini sering diketepikan oleh penerbit dan syarikat rakaman. Artis seringkali menjadi bahan eksploitasi oleh penerbit dan syarikat rakaman kerana kesilapan artis sendiri yang tidak mengetahui hak-hak mereka. Namum begitu, pihak Kerajaan hendaklah bersikap terbuka dan peka terhadap nasib pelaku dengan melihat cara yang terbaik dari segi perundangannya supaya pelaku ini tidak terdedah kepada ekploitasi yang cuma menyebelahi setengah pihak.
Peruntukan Seksyen 16B Akta Hakcipta 1987 memberikan hak kepada pelaku untuk membuat kutipan secara sendiri dan berasingan daripada pengguna karya persembahan mereka yang disiarkan kepada umum secara komersil. Ini sememangnya menjadi perjuangan asas pelaku. Berdasarkan peruntukkan inilah pelaku-pelaku telah mebentuk Performers and Artistes Rights (Malaysia) Sdn Bhd (PRISM) ditubuhkan pada tahun 2001. Sejak dari itu PRISM telah membuat kutipan royalti melalui Public Performers Malaysia (PPM).
PRISM terpaksa menggunakan perkhidmatan dan rangkaian kutipan PPM bagi mengurangkan kos serta menggunakan struktur kurtipan yang telah sedia diwujudkan. PPM sebenarnya mewakili Recording Industries Malaysia (RIM) iaitu persatuan yang diwujudkan sebagai mewakili syarikat-syarikat rakaman. Pelaku pula kebanyakkannya terikat dengan kotrak dengan syarikat-syarikat rakaman ini (ahli RIM).
Biarpun kutipan dilaksanakan oleh PPM, PRISM terus memperjuangkan hak mereka secara berasingan. Ini adalah kerana PRISM berpegang kepada pendirian bahawa pelaku perlu memperjuangkan hak mereka secara sendiri di atas platform yang berbeza bagi memastikan keadilan diberikan kepada pelaku (biarpun terikat dengan perjanjian dengan syarikat rakaman). Justeru, kutipan royalti dibuat oleh dan bagi pihak tiga kelompok yang mewakili pihak-pihak yang berasingan, iaitu; MACP, PPM dan PRISM.
Kutipan royalti yang dibuat MACP dan PPM lebih banyak mendatangkan faedah kepada ahli-ahli mereka yang terdiri dari syarikat rakaman dan penerbit antarabangsa. Jika dibandingan, dari kesemua jumlah kutipan royalti, PRISM (yang ahli-ahlinya terdiri hampir keseulurhannya adalah artis tempatan) cuma mendapat 5% sahaja. Sedangkan lebih dari 50% dari hasil kutipan oleh MACP dan PPM dibayar keluar Negara.
Kutipan royalti yang dilaksanakan secara berasingan ini juga mengelirukan pengguna yang perlu membuat pembayaran kepada 3 agensi kutipan. Menyedari kerumitan ini, PRISM telah mengemukakan memorandum kepada Kementerian yang berkaitan, melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) agar Malaysia menerima pakai “Article 15 WIPO Performers and Phonograms Treaty” pada tahun 2010.
Peruntukan undang-undang yang dicadangkan ini adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa yang memberikan faedah bukan sahaja kepada pelaku dan juga penerbit, tetapi juga kepada pengguna. Ini adalah kerana di bawah peruntukkan ini, pelaku dan penebit boleh melantik sebuah agensi tunggal untuk menlaksanakan dan mengagihkan hasil kutipan royalti secara saksama.
Memorandum ini walaubagaimanapun dipandang sepi oleh MyIPO dan Kementerian yang berkenaan. Malahan, Kementerian berkenaan telah pula membuat pindaan undang-undang untuk mewujudkan lebih banyak badan kutipan royalti. Pindaan undang-undang sebegini akan menyebabkan lebih banyak kekeliruan kepada pelaku dan juga orang ramai dan tidak akan mendatangkan faedah kepada semua pihak.
Oleh kerana PRISM telah menimbulkan bantahan mengenai perkara ini, segala usaha PRISM terus diketepikan oleh Kementerian (malahan oleh Menteri) berkenaan serta MyIPO apabila kehadiran wakil PRISM di dalam dialog bersama Menteri telah dinafikan. Menteri serta MyIPO seolah-olah beranggapan PRISM adalah pengacau di dalam agenda system pendaftaran agensi kutipan yang cuba diperkenalkan di bawah pindaan undang-undang berkenaan.
Untuk maklumat Yang Amat Berhormat Datuk Seri, PAPITA adalah salah sebuah persatuan yang menjadi ahli kepada PRISM. Tindakan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Saberi Yaakob serta MyiPO di dalam menafikan perjuangan terhadap hak-hak kami itu amatlah kami kesalkan.
Kami beranggapan bahawa Menteri berkenaan serta MYiPO telah gagal di dalam memberikan kami peluang untuk kami membela hak kami. Kami kesal terhadap sikap mereka yang kurang perihatin dan memihak kepada pihak yang mempunyai agenda tersendiri.
Memandangkan kegagalan tersebut, kami tidak mempunyai keyakinan lagi terhadap Menteri berkenaan serta MyIPO. Justeru, kami dengan ini mengemukakan Memorandum ini terus kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri, semoga ianya mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.
Sekian, kami dahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
Yang benar,
PERSATUAN PENYANYI, PEMUZIK DAN PENULIS LAGU TANAH AIR (PAPITA)
…………………………………
Dato’ M. Daud Wahid DIMP. AMS
Presiden
Dengan keinsafan ini, kami telah mengemukakan pandangan kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan khususnya, supaya Malaysia menerima pakai “Article 15 WIPO Performances and Phonograms Treaty” (WPPT – Rome Treaty)
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.