Program Transformasi Kerajaan penting bagi menangani cabaran utama era globalisasi iaitu :
* Mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
* Membentuk sistem penyampaian kerajaan yang beraspirasi rakyat.
* Mengeluarkan Malaysia dari kepompong negara berpendapatan sederhana untuk menjadikan Malaysia sebuah negera berpendapatan tinggi.
Menangani Kos Sara Hidup
* Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
- 5.2 juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima bantuan kewangan one-off RM500.
- 75% isi rumah memperolehi manfaat daripada peruntukan RM2.6 bilion yang diperuntukkan.
* Perbelanjaan "Kembali Ke Sekolah"
- 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan RM100 dengan peruntukan RM530 juta.
* Pendidikan Percuma
- Tahun 2012, yuran sekolah kerajaan dimansuhkan. Buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma.
* Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
- 1.3 juta pelajar IPTA dan IPTS, aliran matrikulasi serta Tingkatan 6 meraih manfaat daripada RM260 juta yang diperuntukkan iaitu setiap pelajar diberi baucar buku bernilai RM200 di seluruh negara.
* Klinik 1Malaysia
- Rawatan perubatan diberikan hampir percuma tanpa membebankan rakyat dengan kewujudan klinik ini yang hanya mengenakan bayaran RM1 untuk rawatan manakala warga emas mendapat rawatan percuma.
* Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
- Runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan harga pasaran.
* Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M)
- Sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej yang ditetapkan iaitu sebanyak RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.
* Kenaikan Gaji Kakitangan Awam
- Kenaikan gaji 7% - 13% bagi 1.4 juta penjawat awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia.
* Pembekuan Kenaikan Harga Tol
- Dalam tempoh lima tahun kenaikan harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur dibekukan serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras - Kajang dan Lebuh Raya Connaught.
* Skim Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
- Pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar bagi golongan pertengahan.
* Tabung Perumahan Nelayan
- Tahun 2012, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.
* Subsidi Elektrik
- Subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah dengan peruntukan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.