Tuesday 12 March 2013

Program Transformasi Kerajaan (ii)


Mengurangkan Jenayah

*  Strategi Lautan Biru Kebangsaan

   -  Meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas dan mengurangkan Jenayah Jalanan sebanyak 39.7% dan pengurangan Jenayah Indeks sebanyak 11.1%.


*  Kajian Kepuasan Perkhidmatan

   -  Kajian Kepuasan terhadap perkhidmatan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat kepada 70.5%.

*  Sukarelawan

   -  Lebih 3 juta sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM.

*  Police Volunteer Reserve

   -  3,931 anggota RELA dan 1,607 anggota JPAM dilatih sebagai Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve - PVR).

*  Program Omnipresence

   -  Program ini diperluas ke Sabah (lima daerah) dan Sarawak (empat daerah).

*  Skim Rondaan Sukarela

   -  30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela tambahan direkrut menjadikan jumlah keseluruhan kepada 147,000.

*  Skim Tinjauan Kepuasan Pelanggan

   -  Customer Service Rating dilancarkan di 82 balai polis di Selangor dengan 95% responden melahirkan rasa puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Anggota/Pegawai Pejabat Pertanyaan.

*  Program Bandar Selamat

   -  Dilaksanakan di 151 PBT seluruh negara dengan pemasangan 8,329 tiang lampu yang lebih cerah,  1,311 cermin keselamatan,  104.3 km rel penghadang dan tonggak jalan.

*  Operasi Gerakan Negara

   -  Lebih 8,000 rampasan dan tangkapan Gerakan Negara (Ops Lejang,  Rentap, Pintu,  Lusuh).

*  Perkhidmatan MyDistress

   -  Dilancarkan dengan 68,925 pengguna berdaftar.

Membanteras Rasuah

*  Pakatan Integriti

   -  Pelaksanaan pertama dan menyeluruh di Malaysia dengan projek Transit Aliran Massa sebagai model dalam pelaksanaan pakatan integriti tersebut.

*  Ikrar Integriti Korporat

   -  64% syarikat yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi telah menandatangani ikrar tersebut.

*  Pendakwaan Dalam Tempoh Satu Tahun

   -  900 pesalah disabitkan
   -  424 kes telah diproses
   -  249 kes diselesaikan oleh 14 Mahkamah Rasuah khas pada tahun 2011.

*  Rangka Kerja Pemberi Maklumat

   -  Akta Pemberi Maklumat telah diluluskan dan arahan dikeluarkan kepada pendakwa raya.

*  Unit Pematuhan

   -  Unit pematuhan di kelima-lima agensi penguatkuasaan telah diwujudkan.  PDRM,  JPJ,  SPRM,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia,   Jabatan Imigresen Malaysia dan setiap agensi ini mempunyai unit khas memantau dan memastikan pegawai agensi masing-masing mematuhi tingkah laku yang sewajarnya.

*  Garis Panduan Ganjaran Dan Penghargaan

   -  Garis panduan berkaitan pemberian ganjaran kepada kakitangan awam yang melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada pendakwaan yang berjaya telah dikeluarkan pada Jun 2011.

*  Buku Kecil Pembaharuan Perkhidmatan Awam

   -  Buku ini 'pengumpulsemakan' semua perubahan yang dilakukan oleh setiap kementerian dan agensi dalam usaha memperbaharui semula proses dan tatacara birokratik.



No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.