Saturday, 23 March 2013

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)


Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah idea YAB Perdana Menteri yang melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada.



Objektif :
-->  Meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.
-->  Menjadikan graduan universiti menepati kehendak industri.

Terbuka kepada semua graduan ijazah sarjana muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 2.5.

Kumpulan Sasaran :

*  Graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan lulus IPT.
*  Lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).

Kaedah Pelaksanaan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

-->  Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
Peserta dipilih mengikut kriteria kumpulan sasaran
-------------------------------------------------------------------->

-->  Struktur program akan mengandungi elemen soft skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
-->  Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;

Muaturun borang permohonan dari laman web 26 syarikat GLC yang terlibat !!!

Affin Holdings Berhad
Amanah Raya Berhad
Axiata Group Berhad
Bank Negara Malaysia
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Bousted Holdings Berhad
Chemical Company of Malaysia Berhad
CIMB Group Berhad
Khazanah Nasional Berhad
Lembaga Tabung Haji
Malayan Banking Berhad
Malaysia Airports Holdings Berhad
Malaysia Building Society Berhad
Malaysian Airlines System Berhad
Malaysian Resources Company Berhad
MIMOS Berhad
Perbadanan Nasional Berhad
Permodalan Nasional Berhad
Petroliam Nasional Berhad
Sime Darby Berhad
SIRIM Berhad
Telekom Malaysia Berhad
Tenaga Nasional Berhad
UDA Holdings Berhad
UEM Groups Berhad
UMW Holdings Berhad

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.