Wednesday 23 January 2013

Konvensyen Transformasi Ekonomi Dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang

        Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir menyampaikan cenderahati


Baru-baru ini,  pihak JAKAMAS telah menghadiri satu konvensyen iaitu Konvensyen Transformasi Ekonomi Dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang telah dianjurkan oleh Perkasa Negeri Pulau Pinang pada 19 Januari 2013,  hari Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Utama,  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh,  Pulau Pinang.

Hampir dua ribu orang Melayu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia telah menghadiri konvensyen tersebut.

Di antara objektif-objektif konvensyen adalah seperti berikut :

1.  Menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu,  serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang.

2.  Menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik serta halatuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran Melayu Pulau Pinang.

3.  Membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang khasnya dalam perjuangan ekonomi dan pelajaran mereka bukan sahaja untuk kemaslahatan bangsa Melayu sahaja waima rahmatnya turut melimpah ke seluruh negara Islam seantero dunia.

4.  Transformasi Disiplin dan Pembudayaan semula daya hidup dalam "SURVIVAL" kuasa politik Negara Bangsa Teras minoriti orang Melayu Pulau Pinang yang cuma memiliki 15 sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah pemerintahan majoriti bukan Melayu yang memiliki 25 kerusi DUN (62.5%).

Aturcara Program adalah seperti berikut :

19 Januari 2013 (Sabtu)


7.30 pagi Pendaftaran Peserta.

8.30 pagi Majlis Konvensyen bermula.
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis  :  Tuan Ahmad Yakqub Bin Nazri.
Ucapan Sekapur Sireh Pengerusi Konvensyen  :  Tuan Hj. Wan Mohd. Khair Bin Wan Chik

9.00 pagi Sidang Pembentangan Kertas Kerja Bermula.

Pembentangan Kertas Kerja Pertama :
Merealisasikan Transformasi Pendapatan Tinggi (High Income) Bagi Bangsa Teras Melayu Minoriti Pulau Pinang Dalam Era Globalisasi 
Oleh :  Y.Bhg.  Tan Sri Dato' Dr. Sulaiman Mahbob
Mantan Ketua Pengarah EPU

Pembentangan Kertas Kerja Kedua :
Transformasi Pendidikan Bangsa Teras Melayu Pulau Pinang Di Negeri Penduduk Majoriti Bukan Islam
Oleh :  Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak
Naib Canselor,  Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pembentangan Kertas Kerja Ketiga :
Kontrak Sosial Adalah Satu Realiti Transformasi Mantap 1Mantap Dalam Kelangsungan Pemerintahan Petuanan Negara Bangsa Sejak Zaman Berzaman
Oleh :  Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Nordin Bin Kardi
Penyandang Kerusi Za'aba (Pejabat Penyandang Kerusi Za'aba) UPSI

Moderator  :  Y.Bhg.  Dr. Zubir Harun
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA
10.45 pagi MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN

Nyanyian Lagu :
Lagu Negaraku
Lagu PERKASA
Lagu Warisan
Bacaan Doa

10.50 pagi Ucapan YDP Perkasa Negeri Pulau Pinang
Tuan Haji Yusof Suhaimi Haji Mohd Yatim

Ucapan Presiden PERKASA Malaysia
Y.B. Dato' Haji Ibrahim Ali

Perasmian oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

UCAPUTAMA
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Nyanyian :  SUMPAH ANAK BANGSA
Gubahan dan Lirik ciptaan Cikgu Ahmad Bin Ramli

12.00 tghr Jamuan Tengahari & Solat Zohor

2.30 ptg Konvensyen disambung dengan Sidang Pleno 
PENANG SUMMIT PERKASA 2013
Moderator :  Dr. Zubir Bin Harun

Barisan Ahli Panel :
1)  Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Sulaiman Mahbob
2)  Y.Bhg. Profesor Dato' Dar. Mohamed Mustafa Bin Ishak
3)  Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Nordin Bin Kardi

4.30 ptg Majlis Penutup

Pembacaan DEKLARASI PENANG SUMMIT PERKASA 2013
Oleh :  Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria
Ketua Urusetia Konvensyen

Penyampaian DEKLARASI PENANG SUMMIT PERKASA 2013
Kepada : YB Dato' Haji Ibrahim Ali,  Presiden PERKASA Malaysia,  oleh Tuan Haji Yusof Suhaimi Hj Mohd Yatim

Ucapan Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang
Ucapan Perasmian Penutup oleh YB. Dato' Haji Ibrahim Ali
diikuti nyanyian lagu SUMPAH ANAK BANGSA

Sesi Bergambar Beramai-ramai

5.00 ptg Jamuan Ringan dan BERSURAI

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.