Tuesday 1 January 2013

Penyenaraian FGVH Di Bursa Malaysia (ii)

7.  Kenyataan bahawa peneroka tetap menjadi keutamaan


*  Kerajaan sentiasa berpegang kepada "Rakyat Didahulukan,  Pencapaian Diutamakan".  Oleh yang demikian,  kebajikan dan kepentingan peneroka tetap terpelihara.




*  Peneroka tetap menikmati segala bantuan dan keistimewaan,  termasuk dividen.


8.  Kadar dividen yang diterima setelah penyenaraian



*  FGVH menjanjikan bentuk perniagaan yang sentiasa berkembang dan agar tidak menjejaskan pemberian kadar dividen.



9.  Langkah penjelasan jika ada yang membantah penyenaraian ini.



*  FGVH akan sentiasa berusaha memberi penjelasan dengan sewajarnya kepada peneroka di seluruh negara antaranya melalui perjumpaan bersemuka dan mengedarkan risalah yang berkaitan.



*  FGVH memberi jaminan bahawa langkah untuk mengubah FELDA Global Group ini adalah sesuatu yang positif bagi membolehkan semua menyertai seluruh rangkaian perniagaan berasaskan pertanian,  meningkatkan tadbir urus dan menilai jenama syarikat ini.



*  Jangka panjang ia membawa keuntungan kepada peneroka dan generasi akan datang.



10.  Kenyataan bahawa Koperasi Permodalan FELDA (KPF) terlibat dalam penyenaraian proses Initial Public Offering (IPO)



*  KPF tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH.



11.  Bentuk perniagaan yang diceburi oleh FGVH



*  Cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan mengubah perniagaan Kumpulan FELDA kepada sebuah syarikat besar di peringkat antarabangsa.



*  Pada masa ini FGVH beroperasi di 12 buah negara.



*  Hampir 80 syarikat yang aktif menyertai berbagai-bagai aktiviti dalam sektor perniagaan berasaskan pertanian terutama perladangan pelbagai tanaman,  minyak dan lemak,  kimia oleo,  logistik dan perkhidmatan.



12.  Bagaimana menangkis tanggapan bahawa operasi FGVH di luar negara mengalami kerugian



*  FGVH telah ditubuhkan pada Disember 2007.  Dalam tahun pertama operasinya pada 2009,  FGVH mendapat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM203 juta.



*  Pada 2010,  ia mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM366 juta.  Sebagai sebuah kumpulan,  matlamat FGVH adalah sentiasa memperoleh keuntungan yang berpanjangan.



13.  Maksud 'durian runtuh' kepada peneroka



*  'Durian runtuh' merupakan hadiah yang diberikan kepada peneroka atas sebab dedikasi,  pengorbanan dan hasil titik peluh peneroka selama 57 tahun.



*  Kerajaan amat menghargai apa yang peneroka laburkan secara peribadi bagi menjayakan FELDA sebagai model yang akan berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam skim membasmi kemiskinan.


No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.