Monday, 8 April 2013

Manifesto BN Menepati Janji


MENANGANI KOS SARA HIDUP

-  BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
-  Baucar Buku 1Malaysia RM300 dan Bantuan Persekolahan RM150.


MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

-  Membina 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA.
-  Harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.

MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA

-  Laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

-  Membina 2,300 km Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan di Sarawak ke Serudong di Sabah.
-  Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
-  Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

-  Tabung untuk pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM,  KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

-  Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.

MEMERANGI GEJALA RASUAH

-  Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM.
-  Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tingi tambahan untuk kes rasuah.

KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

-  Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

MEMBINA EKONOMI MAPAN,  DINAMIK DAN INOVATIF

-  Menarik pelaburan RM1.3 juta peluang kerja dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapan tinggi.

MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

-  Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM,  dengan tambahan 4,000 anggota polis setiap tahun.

MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA

-  Menambah jumlah wanita dalam proses membuat keputusan rasional.

MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

-  Memulihkan rumah kos rendah dan flat di bandar.
-  Menyemak Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

MEMENUHI ASPIRASI BELIA

-  Tabung,  latihan dan insentif kepada belia yang minat usaha niaga komersial.

MEMPERKUKUH PERKHIDMATAN AWAM,  MENAMBAH BAIK TADBIR URUS

-  Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam,  termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.

MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

-  Menguatkuasakan undang-undang ketat bagi dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.

GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

-  Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

-  Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital utama di setiap zon - Utara,  Selatan,  Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

*  Ini merupakan sebahagian daripada intipati Manifesto BN

No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.