Monday, 8 April 2013

Mengapa BN?




Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat

*  Kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai.  Kita tidak boleh gadaikan apa yang dikecapi,  kita tidak boleh memperjudikan masa depan kita.
*  Kita perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya.
*  Berkhidmat untuk rakyat.  Kita percaya kepada keadilan sosia dan menjadi inklusif,  menyentuh hati nurani dan meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama.



Rekod pencapaian

*  Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan.
*  Selama ini,  kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia.
*  Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini - Sekarang bukan masa untuk bereksperimen.  Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita.
*  Kami telah buktikan -  BN sentiasa melakukan penambahbaikkan.  Sepanjang empat tahun lalu,  kami mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.

Pengalaman

*  Kami berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum,  agama dan budaya - Politik kami adalah politik perpaduan.
*  Kami telah buktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran.
*  Kami adalah gabungan yang dinamik.

Gerakan kesederhanaan

*  Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif.
*  Kami hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum.
*  Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik.

Perkongsian kuasa telah teruji

*  Gabungan pelbagai parti kami telah teruji - Selepas 55 tahun,  ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia.
*  Kami percaya kepada kesinambungan.
*  Kami amalkan politik konsensus dan keterangkuman.

Memenuhi kehendak rakyat

*  Berkongsi harapan dan aspirasi -  Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua.
*  Memperkasa rakyat -  Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif,  moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.
*  Menepati Janji Membawa Harapan - Memacu rakyat dan negara ke tahap baru kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan,  Pencapaian diutamakan!

No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.