Tuesday 2 October 2012

Bajet 2013 : Meringankan Kos Sara Hidup

JADILAH MANUSIA YANG TAHU BERSYUKUR! 

MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
- Bantuan tunai RM500 - isi rumah berpendapatan kurang atau sama dengan RM3000
- Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang atau sama dengan RM2000

2. Program Penyeragaman Harga (Sabah & Sarawak)
- Subsidi pengangkutan (contoh di Ba'kalalan : LGP asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia
3. Diskaun Komuter KTMB
- Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan kurang atau sama dengan RM3000
4. Pesara Tentera Tidak Berpencen
- Bantuan tunai RM1000 kepada bekas anggota Tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun
5. Pengurangan Cukai Pendapatan Individu
- Individu : kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan lebih atau sama dengan RM2500 ringgit~RM50 ribu
6. Diskaun Tambang Feri (Labuan <->Sabah & Sarawak )
- Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
- Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan mengangkut barangan
7. Mempermudahkan Ibadah Haji
- Membenar pencarum KWSP menggunakan simpanan Akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan haji.
8. Diskaun Bayaran Pasport
- Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan pasport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun
9. Bonus Kakitangan Kerajaan
- Pemberian bonus kepada Kakitangan Awam sebanyak 1 setengah bulan
- Pesaran Kerajaan - Bantuan RM500

4 comments:

  1. bukannya soal bersyukur atau tidak.
    benda banyak tu, mana cukup bodoh!!

    kalau cukup dan rakyat rasa selesa, takdernya rakyat nak sokong pembangkang


    bodoh anak baral admin ni

    ReplyDelete
  2. Saudara/Saudari Anonymous. Kalau anda ni anak jantan atau wanita sejati, apa perlunya memberi komen menggunakan nama Anonymous?

    Presiden Amerika yang ke 35, John F Kennedy pernah berkata "ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country."

    Dunia ini hanyalah pinjam-pinjaman. Akhirat juga yang kekal. Jadi kena bersyukur dengan segala pemberian kerajaan. Manusia yang tahu bersyukur, Allah akan mengurniakan lebih banyak nikmat.

    Jangan hanya tau nak semua benda percuma dan menyakau duit untuk diri-sendiri. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik :) sopan jawapnya

      Delete
    2. mohon pautkan sy di sini ya..sy dah paut tuan dia blog sy

      daengselili.blogspot.com

      trimasss

      Delete

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.