Sunday 29 July 2012

Felda



Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein adalah merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mencetuskan dan menggerakkan Felda.
 
Sebagai perdana menteri yang kedua,  beliau terlalu prihatin dengan masalah kemiskinan masyarakat luar bandar.

Beliau begitu komited untuk mengubah keadaan ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar.

Ini adalah kerana beliau sendiri pernah merasai keperitan hidup dalam serba kekurangan semasa membesar dan bersekolah.

Tun Abdul Razak telah menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai 'Government Working Party' pada bulan Ogos 1955.

Pada 1 Julai 1956,  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Development Authority  (FELDA) telah ditubuhkan secara rasmi di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinanace 1956 berdasarkan kepada laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu.

Di antara fungsi Felda yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
 
-  Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.    

-  Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
    
- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. 

-  Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.