Wednesday 18 July 2012

Profil ahli Jakamas - Cik Lela Ngalim, ImagePRO Training


ImagePro Training telah ditubuhkan pada tahun 2009. ImagePro beroperasi di alamat 18-1, Kompleks Ampang Waterfront Ampang Selangor. Misi ImagePro adalah untuk menyediakan pelbagai kursus kemahiran kepada wanita terutamanya dimana mereka dapat menimba ilmu dalam pelbagai bidang kencantikan untuk keperluan diri. Dengan ilmu yang mereka timba bolehlah digunakan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga serta meningkatkan taraf hidup mereka sejajar dengan misi 1 Malaysia iaitu 1 Azam - Akhiri Zaman Miskin. 

ImagePRO Training ditubuhkan oleh beberapa tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang kecantikan, urut tradisional, gubahan kreatif, imej,  fashion styling, dandanan rambut, photografi dan sebagainya.

ImagePro Training menyediakan pelbagai jenis kursus kemahiran yang terdiri daripada Kursus Kejurucantikan dan Therapist, Imej, Style & Fashion Konsultansi, Bengkel Kecantikan, Kursus Solekan, Kursus Urutan Tradisional Untuk Kesihatan (untuk Bumiputera shj), Kursus Urutan Reflexology, Kursus Gubahan Bunga, Kursus Pembuatan Aksesori, Kursus Dandanan Rambut, Fotografi dan sebagainya.

Antara  aktiviti yang pernah dijalankan adalah seperti berikut: 

Pentingnya Ketrampilan Diri Ke Tempat Kerja untuk :  Kakitangan Kedai Mesra Negeri Johor seramai 200 peserta, Sesi Kepentingan Ketrampilan Diri Ke Pejabat bersama wanita Pegawai Polis LCCT, Malaysia Airport Berhad (MAHB), Suruhanjaya Tenaga, Petronas Sales People, Persatuan Wanita Petronas (Petronita) KLCC & Johor Bahru, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Seketari Jabatan Kerajaan Parcel E, Selaman Sdn Bhd, Telekom Malaysia, untuk pesakit kanser wanita di majlis Majalah Yours dan juga Bengkel Kecantikan Peribadi & Solekan untuk berkumpulan dan individu.

Kursus Personal Development untuk para pelajar Kolej MCS Banting Selangor, Kursus Persediaan ke Sesi Temuduga untuk Pelajar Politeknik Sultan Indris Sabak Bernam, pelajar-pelajar Tingkatan 4 & 5 di SM Dato Onn Kuala Lumpur.

ImagePro juga terlibat dalam menjayakan sesi solekan Pertunjukan Fesyen Young Designer Arena (YODA) untuk Youth 10th Event oleh Kementerian Belia & Sukan pada tahun 2009, 2010 & 2011, Nikon Fashion Invasion,  Persembahan Makyung di Istana Budaya (untuk Teater Anak Raja Dua Serupa), Fashion for Change (Hijab N The City) Fashionshow dan sebagainya.

ImagePro telah memberi sumber inspirasi kepada Guru untuk menjadi Role Model kepada pelajarnya dengan mengamalkan amalan Pengurusan Diri & Ketrampilan Diri Ke Tempat Kerja” (melalui topik beliau: Role Model to students and Groomed To Work Is A Must”) melalui beberapa sesi Bengkel Kecantikan di beberapa sekolah di seluruh kawasan Lembah Klang dan Selangor terutamanya.

ImagePro juga sering dijemput untuk menyediakan pelbagai aktiviti kecantikan seperti HandSpa, LipSpa, Makeover kounter untuk meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Jamuan Makan Malam dan Majlis Penganugerahan dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada ImagePro Training,  bolehlah menghubungi Cik Lela Ngalim di :


Telefon bimbit  :  013-370 3380

E mail  :  lela.ngalim@gmail.com
Facebook  :  imagepro lela ngalim

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.