Thursday 14 February 2013

Rakan BNPC Bersama YAB MB Perak




Pada 13 Februari 2013,  program 'Rakan Barisan Nasional Perak Cemerlang (BNPC) Bersama YAB MB Perak' telah berlangsung dengan jayanya.



Program ini telah diadakan di kediaman rasmi Y.A.B. Menteri Besar Perak dengan kos penganjurannya ditanggung oleh beliau dan keluarga beliau.

Program yang bermula pada jam 8.00 malam itu telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang rakan-rakan bloger,  Facebook dan Twitterer dari seluruh negara.

Syabas diucapkan kepada penganjur program itu iaitu Barisan Nasional Perak Cemerlang (BNPC) dan terima kasih kepada pengasas BNPC iaitu Labun Cikgu Lin.

Labun Cikgu Lin telah memberikan nasihat yang bernas kepada hadirin di mana semua perlu menjaga bahasa masing-masing di dalam alam maya bagi mengelakkan berlakunya sebarang rasa tidak senang hati.

Datuk Seri Di Raja Dr Zambri Abdul Kadir memberitahu ini adalah kali kedua program seperti ini dianjurkan kerana program pertama telah diadakan pada tahun lepas pada bulan Mei.

Para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan makan malam dan juga menerima cenderahati berupa 'Pen Drive' 8 Gb.  

Terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada penganjur program ini iaitu Barisan Nasional Perak Cemerlang (BNPC) dan juga kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak.

Kesemua pemimpin-pemimpin BN dan UMNO harus mengetepikan sikap sombong,  bongkak,  hidung tinggi,  takbur,  angkuh dan riak.  

Sebaliknya dekatilah akar umbi dengan ramah-mesra dan penuh berhikmah bagi memenangi hati mereka.  

Transformasi yang diwar-warkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah tentu merangkumi transformasi sikap pemimpin-pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.