Saturday 9 February 2013

Santai Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad




Sebuah program iaitu Santai Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad,  bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 telah diadakan pada 9 Februari 2013,  hari Sabtu, dari jam 8 pagi bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).

Program ini dianjurkan oleh sebuah NGO iaitu Kelab Pembangunan Insan Bandar Tun Razak dengan kerjasama Perdana Global Peace dengan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Jabatan Muzium Malaysia.

Tajuk yang dibincangkan ialah "Perlembagaan Malaysia Dan Masa Depan Keselamatan Negara".

Ianya dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Abu Samah bin Rahmat.

Kemudian Sesi I dimulakan dengan ceramah oleh Tuan Hamim bin Husain (Timbalan Biro Tatanegara WPKL).

Sesi II adalah nyanyian lagu "Negaraku" diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Puan Noridah Abdullah selaku Pengerusi Kelab Pembangunan Insan BTR.

Ianya disambung dengan ucapan oleh moderator iaitu YBhg Datuk Ruhanie Ahmad.

Ucaptama oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh tentang "Perlembagaan Malaysia dan Masa Depan Keselamatan Negara" di mana Y.A.Bhg Tun menyentuh tentang sejarah negara di mana sejarah penjajah British ingin menubuhkan Malayan Union terkubur dengan penyatuan orang Melayu yang bangkit menentang cadangan itu yang sekaligus akan melenyapkan Persekutuan Tanah Melayu.

Tun juga menegaskan orang Melayu kini lemah kerana walaupun merangkumi 60% daripada jumlah penduduk Malaysia tetapi kini telah berpecah 3 sehinggakan melemahkan kaum Bumiputera di negara sendiri.

Sebuah pantun daripada Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad :

Buai laju-laju,
Sampai cucur sana,
Pegi beli baju,
Dari kedai Cina.

Menunjukkan betapa orang Melayu begitu lemah,  tidak mahu berusaha dan bekerja sehinggakan pihak penjajah British terpaksa membawa masuk orang Cina dan India dari negara China dan Ceylon untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan menjadi peniaga serta bekerja di estet-estet bagi orang India.

Kemasukan kaum pendatang ke Tanah Melayu begitu ramai sehinggakan melebihi kaum Bumiputera.  

Pada tahun 1931 berlaku kemelesetan ekonomi dunia di mana ianya pun melibatkan Tanah Melayu sehingga orang Cina dan India pulang ke negara masing-masing,  sehinggakan kaum Bumiputera pada ketika itu menjadi majoriti semula.

Tun juga menyentuh tentang komunis yang menentang penjajah secara kekerasan untuk mendapatkan kuasa mentadbir Tanah Melayu tetapi kita mampu bangunkan tentera kita untuk menentang komunis.

Oleh itu,  penulis ingin menegaskan betapa pentingnya perpaduan orang Melayu bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan orang Melayu kerana jika ianya jatuh ke tangan orang lain,  sudah tentu mereka tidak akan membela orang Melayu sepertimana pemerintah Melayu membela kita sekarang.

Dan apabila kuasa tidak di tangan orang Melayu,  tentunya agama Islam juga akan terpinggir.

1 comment:

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.