Monday, 15 October 2012

Etika Kerja Islam (i)



Etos kerja Islam merangkumi perkara-perkara seperti semangat,  nilai,  idea,  prinsip yang berlandaskan apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.

Islam telah menyatakan secara jelas tentang bagaimana Allah s.w.t. menyuruh para hambaNya supaya bekerja dan berusaha di muka bumi untuk memperolehi rezeki.

Di dalam Al-Quran,  Surah Al Jum-ah:10,  dinyatakan secara jelas, "Apabila telah ditunaikan sembahyang,  maka bertebaranlah kamu di muka bumi,  dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."

Ini bermakna Islam sebenarnya menerapkan umat Islam supaya rajin bekerja dan jangan menjadi peminta sedekah.

Rasulullah bersabda: “Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya.”

Rasulullah s.a.w. juga pernah berkata : "Jika seorang dari kamu membawa tali lalu membawa seikat kayu di atas belakang kemudian ia jual kayu itu,  lalu Allah menutupi malunya,  maka yang demikian lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada sesama manusia,  apakah mereka itu memberi atau menolak permintaannya."

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah berkata kepada Sa‘ad bin Abi Waqqash Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: "Pilihlah makanan yang HALAL, nescaya doamu dikabulkan”.

Baginda bersabda:

Maksudnya: "Tidak akan memasuki Syurga daging yang tumbuh daripada yang haram” (HR.al-Imam Ahmad).

Oleh itu adalah satu bentuk jihad mencari nafkah hidup secara halal.

Kata-kata hikmah ulama, "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi". 

Rasulullah s.a.w. pernah berkata :  "Tidak ada orang yang makan makanan yang lebih baik daripada hasil pekerjaan tangannya sendiri,  dan sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s. adalah makan dari hasil pekerjaannya sendiri."

Terdapat juga kata-kata Rasulullah s.a.w. :  "Sesungguhnya Allah cinta kepada seseorang di antara kamu yang apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan maka dia tekun di dalam pekerjaan itu."

Terdapat banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan tentang etika kerja Islam yang akan disambung lagi esok dalam siri ii artikel ini termasuklah pengembangan harta dalam keadaan tidak memudaratkan orang lain.



No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.