Tuesday, 2 October 2012

Kutipan derma/barang utk diserahkan kepada Rumah Anak Yatim

Pihak Jakamas ingin memohon jasabaik rakan-rakan semua yang ingin memberi derma/zakat kepada Baitul Kasih, sebuah rumah anak yatim yang menempatkan 45 orang anak-anak yatim, 7 orang warden dan 7 guru tadika. Semua derma samada berbentuk wang ringgit atau barangan keperluan harian (seperti barang makanan kering dan sebagainya) bolehlah diserahkan kepada Jakamas untuk diberikan kepada Baitul Kasih seminggu sebelum Hari Raya Haji. Sila inbox saya untuk maklumat lanjut.

Nota: Derma di atas nama rumah anak yatim dan maklumat mengenai rumah anak yatim akan diberikan di dalam Private Message. Resit akan dikeluarkan oleh rumah anak yatim berkenaan bagi mereka yang ingin mendapatkan pelepasan cukai. Segala derma/zakat rakan-rakan amatlah dihargai dan semoga Allah s.w.t. akan memberikan rezeki yang lebih berlimpah-ruah kepada anda yang sudi menderma. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.