Saturday 29 December 2012

Penjelasan Isu Lynas (iv)

Sebelum membaca artikel ini,  ada baiknya para pembaca membaca artikel Penjelasan Isu Lynas (iii) [Klik di sini].

Apakah proses-proses yang diambil sebelum kelulusan TOL diberikan kepada AELB?

*  Meneliti permohonan terperinci yang dikemukakan oleh Lynas.  Lynas menerangkan bagaimana mereka bercadang memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh AELB.

*  Mempamerkan permohonan Lynas kepada orang awam dan memberi peluang kepada mereka untuk memeriksa dan memberi maklum balas dari 3 hingga 26 Januari 2012.

*  Menganalisa semua maklum balas yang diterima dan mengemukakan penemuan mereka kepada Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai daripada pakar-pakar profesional pelbagai disiplin.

Jawatankuasa Pemantauan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada orang ramai dan mengemukakan laporan mereka kepada Lembaga AELB.

Lembaga AELB telah bermesyuarat pada 30 Januari 2012 dan selepas mengambil kira semua perkara di atas,  memutuskan untuk meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas,  tertakluk kepada beberapa syarat.

TOL tersebut adalah sah selama dua tahun.

Di manakah PDF akan ditempatkan?

*  Walaupun fakta saintifik dan teknikal menunjukkan bahawa residu ini tidak berbahaya,  YAB Perdana Menteri mengarahkan supaya PDF yang dicadangkan oleh Lynas hendaklah terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk.

*  Arahan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan emosi dan psikologi rakyat.

Apakah yang akan berlaku jika Lynas gagal memenuhi mana-mana syarat khas?

*  AELB akan menggantung atau membatalkan TOL.

Bolehkah Lynas memulakan operasi pengilangannya sekarang?

Lynas hanya boleh memulakan operasi sementara mereka setelah lesen TOL dikeluarkan.  Lesen TOL hanya boleh dikeluarkan selepas Lynas :

i)    Membayar Yuran Lesen.

ii)   Membayar USD50 juta wang cagaran keselamatan,  iaitu USD 10 juta setahun selama lima tahun.

iii)  Mengemukakan jaminan bertulis bahawa ia akan memindahkan ke luar negara semua residu yang terhasil.

Bolehkah Lynas mengimport bahan mentah untuk kegunaan di kilang Gebeng sekarang?

Lynas hanya boleh mengimport bahan mentah setelah lesen TOL dan permit import dikeluarkan.

Bagaimana pula dengan keselamatan air sisa yang dilepaskan?

*  Semua air sisa akan dirawat sepenuhnya menepati piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dilepaskan. 

*  Lynas tidak akan melepaskan air sisa industri selagi ia tidak dirawat.

Bagaimana pula dengan gas yang terhasil daripada kilang ini?

*  Gas-gas yang terhasil akan dirawat oleh Lynas mengikut piawaian antarabangsa.

*  Akan dipantau oleh pihak berkuasa yang berkaitan secara berterusan untuk memastikan ia selamat untuk dilepaskan melalui cerobong kilang.

Bagaimana tahap radiasi dipantau?

*  Lynas akan sentiasa memantau tahap radiasi operasi mereka.

*  AELB pula akan mengesahkan bahawa tahap tersebut selamat mengikut piawaian antarabangsa.

*  Memastikan Lynas mematuhi undang-undang negara bagi memastikan kesihatan dan keselamatan awam dilindungi.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.