Monday 24 December 2012

Penjelasan Isu Lynas (iii)

Pembaca disaran merujuk kepada artikel sebelumnya di "Penjelasan Isu Lynas (ii)" [Klik Di Sini].


Soalan-soalan Lazim

Mengapa Lynas menjadi kontroversi?

*  Ia didakwa membahayakan kesihatan dan keselamatan.

* Terdapat dakwaan bahawa radioaktif yang wujud dalam bahan mentah dan dalam produk serta residu yang terhasil boleh membawa kemudaratan terhadap manusia dan merosakkan alam sekitar.

*  Dakwaan-dakwaan tersebut mempunyai asas yang lemah kerana bahan mentah yang diproses oleh Lynas mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif yang sememangnya wujud secara semulajadi.

Apakah peranan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)?

*  Menetapkan standard kesihatan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh Lynas dan syarikat-syarikat lain.

*  Piawaian oleh AELB ini adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.

*  Memastikan bahawa standard ini dipatuhi dan memantau serta menilai kesan radiasi terhadap rakyat dan alam sekitar yang meliputi semua peringkat pembinaan dan operasi.

*  Memberi perhatian khusus terhadap pengurusan dan pelupusan residu.

Apakah bidang kuasa yang ada pada AELB?

*  Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) memberikan kuasa kepada AELB untuk bertindak sebagai penguatkuasa.

*  Berkuasa menutup mana-mana kilang jika mereka tidak berpuas hati dengan tahap pengurusan residu.

*  Mengarahkan sesebuah syarikat mengubahsuai operasi mereka agar mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan radiasi.

Apakah jenis lesen yang AELB keluarkan kepada Lynas setakat ini?

AELB telah memberikan tiga lesen kepada Lynas :

*  Lesen tapak

   Dengan lesen ini,  Lynas dibenar untuk menyediakan tapak di Kawasan Perindustrian Gebeng untuk pembinaan kilang mereka.

*  Lesen pembinaan

   Dengan lesen ini,  Lynas dibenarkan membina kilang mereka.

*  Lesen Operasi Sementara (TOL)

   TOL telah diluluskan oleh Lembaga AELB pada 30 Januari 2012,  tetapi lesen masih belum dikeluarkan setakat ini.

Apakah tindakan Lynas seterusnya setelah kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) ini?

*  Lynas boleh memohon lesen TOL apabila memenuhi beberapa syarat yang dikenakan.

*  Lynas seterusnya boleh memohon permit untuk mengimport bahan mentah.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.