Saturday 22 December 2012

Penjelasan Isu Lynas (ii)

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelumnya iaitu "Penjelasan Isu Lynas" [Klik Di Sini].

Isu berkaitan Residu

*  Lynas telah memberi jaminan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mengitar semula residu yang terhasil.  Dalam waktu yang sama syarikat menyediakan pelan dan mengenalpasti lokasi bagi kemudahan Pelupusan Tetap (PDF).

*  Lynas juga telah mengemukakan kepada kerajaan jaminan bertulis untuk membawa keluar residu yang terhasil dari negara ini sekiranya mereka tidak berjaya mengenalpasti lokasi bagi PDF yang dicadangkan.

Apakah keperluan pematuhan yang diisyaratkan kepada Lynas?

*  Lynas mematuhi Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menetapkan standard keselamatan.

*  AELB turut memantau dan menilai kesan radiologi dari projek Lynas yang meliputi :

    -  pembinaan,
    -  operasi,
    -  pengangkutan,
    -  pengurusan sisa,
    -  penamatan operasi dan
    -  pemulihan alam sekitar.

*  Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah agensi penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

*  Standard keselamatan yang dikuatkuasakan oleh dua agensi penguatkuasa tersebut adalah setanding malah lebih baik dari standard yang diterima-pakai antarabangsa.

Misi Panel Pakar Bebas Antarabangsa IAEA

*  Pada 13 Mei 2011,  kerajaan mengumumkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna,  Austria telah melantik panel pakar bebas untuk :

    i)   Memastikan Lynas mematuhi standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa,  dan

    ii)  Memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan,  khususnya yang berkaitan dengan keselamatan radiasi.

Saranan utama Panel Pakar Bebas Antarabangsa Standard Keselamatan Antarabangsa adalah seperti berikut :

*  Laporan IAEA menyatakan Lynas telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh AELB dan DOE.

*  Laporan IAEA juga menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard IAEA.

Pengurusan Residu

Laporan IAEA menyarankan agar Lynas mengemukakan pelan pengurusan residu jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.

Pelan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara berikut :

i)   Bagaimana residu akan disimpan atau dilupuskan?

ii)  Bagaimana alam sekitar dipulihkan kepada keadaan asal selepas tamat projek?

iii)  Apa akan terjadi apabila operasi projek ditamatkan?

Pendirian kerajaan mengenai Lynas seperti berikut : 

i)    Kerajaan telah menerima semua saranan dalam Laporan IAEA,  dan akan memastikan kesemuanya dilaksanakan.

ii)   Lynas dikehendaki mematuhi sepenuhnya saranan dalam laporan IAEA termasuk mengemukan pelan pengurusan residu jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.

iii)  AELB akan diberikan kakitangan tambahan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang terutamanya berkaitan kesihatan dan keselamatan awam.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.