Tuesday, 25 December 2012

Tuntutan Dong Zong

1.  Siapa itu Dong Jiao Zong?

*  Dong Jiao Zong adalah satu istilah yang merujuk kepada dua pertubuhan Cina utama yang memperjuangkan pendidikan Cina di Malaysia iaitu Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

2.  Apakah masalah yang dibangkitkan oleh Dong Zong?

*  Pada masa ini,  terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara termasuklah sebuah sekolah SJKC baru dibina.  Buat masa ini sekolah-sekolah SJKC sedang juga dalam pembinaan di kawasan padat penduduk kaum Cina.

*  Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina sekolah-sekolah ini termasuklah di Puchong,  Serdang,  Kuala Lumpur dan Negeri Johor.

*  Dari jumlah 1,294 sekolah,  sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).

*  Dong Zong membangkitkan isu kekurangan guru di SJKC dan tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina untuk mengajar di SJKC.

*  Dong Zong turut serta mengkritik polisi pendidikan negara yang didakwa tidak adil terhadap sekolah pelbagai aliran.

3.  Benarkah Kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC?

*  Tidak benar.  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk melatih guru-guru SJKC.  Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991,  pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043 dan pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 akhirnya pada tahun 2012 kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874.  Daripada jumlah ini,  KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut dan baki 392 orang boleh dicadangkan calon guru interim oleh Guru Besar SJKC untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

4.  Benarkah tuduhan bahawa kerajaan tidak membantu SJKC di negara ini?

*  Tidak benar.  Kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.8 bilion setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi mengurus di SJKC seluruh negara.

*  Dalam bajet 2012,  Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib telah memperuntukkaan tambahan RM100 juta khas untuk penyelenggaraan SJKC dan pembinaan SJKC baru.

5.  Apakah tuntutan Dong Zong pada perhimpunan 25 Mac 2012 di padang New Era College,  Kajang?

Dong Zong telah mengemukakan 4 tuntutan pada perhimpunan tersebut :

*  Mengeluarkan serta merta guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina dari SJKC.

*  Mengadakan kursus khas untuk melatih guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina dan telah mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC lebih dari 3 tahun supaya mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga bahasa.

*  Memulihkan sistem latihan guru Bahasa Cina yang menggunakan medium Bahasa Cina dan menubuhkan kumpulan Bahasa Cina dalam maktab perguruan serta mengadakan struktur latihan guru SJKC yang lebih sistematik untuk memenuhi permintaan.

*  Mengkaji semula Akta Pendidikan Negara untuk memastikan polisi pendidikan adalah bersifat "plurality",  supaya semua sekolah pelbagai aliran mendapat layanan yang adil dan menjamin kewujudan dan pembangunan sekolah jenis kebangsaan.




No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.