Mengapa kilang ini dibuka di Malaysia dan bukannya di Australia?
* Lynas memilih Malaysia adalah berasaskan pertimbangan komersil dan dasar pelaburan kerajaan yang mesra pelabur.
* Lynas memilih Kawasan Perindustrian Gebeng memandangkan ia berdekatan dengan pelabuhan Kuantan, bekalan gas, air dan bahan kimia yang cukup serta terdapat tenaga kerja yang mahir di negara ini.
* Di Australia Barat bahan Nadir Bumi tidak dikategorikan sebagai bahan radioaktif malah ia tidak di kawal selia oleh negara tersebut.
* Kerajaan Australia juga sebenarnya menyokong industri pemprosesan Nadir Bumi di negara mereka. Contohnya Kerajaan Australia Selatan dan kerajaan-kerajaan Wilayah Utara Australia serta masyarakat Whyalla menyokong projek kompleks Nadir Bumi Arafura.
* Oleh demikian, dakwaan yang mengatakan bahawa Australai tidak membenarkan projek pemprosesan Nadir Bumi bertapak di negara mereka adalah tidak benar sama sekali.
Apakah perbezaan antara ASIAN RARE EARTH (ARE) dan Lynas?
* Lynas TIDAK sama dengan ARE di mana ianya menggunakan monazite sebagai bahan mentah.
* Bahan mentah ARE diekstrak dari tahi bijih timah atau amang yang mengandungi kandungan radioaktif 37 kali ganda lebih tinggi daripada bahan mentah Lynas iaitu lanthanide.
* Sisa-sisa ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kadar radiasinya.
* Dengan kemajuan hari ini, teknologi yang digunakan oleh Lynas adalah jauh lebih maju berbanding ARE.
* Sewaktu operasi ARE sekitar tahun 1970 an, AELB belum ditubuhkan. Oleh sebab itu pemantauan secara sistematik tidak dapat dilaksanakan.
* Piawaian keselamatan yang dikenakan oleh AELB adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.
Benarkah Kerajaan Australia tidak mengizinkan Residu ini di hantar semula ke negara mereka?
* Residu yang dihasilkan TIDAK dianggap sebagai sisa radioaktif di Australia Barat. Ia adalah bahan yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (Naturally Occuring Radioactive Material - NORM). Ia tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan radiasi di Australia.
* Lynas juga telah mengemukakan jaminan bertulis untuk mengeluarkan residu ke luar negara sekiranya perlu.
* NORM tidak dikawal oleh Konvensyen Basel, mahupun standard pengangkutan radioaktif antarabangsa sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.
KOMITMEN KERAJAAN
i) Keselamatan awam adalah menjadi keutamaan kerajaan dan kerajaan sama seklai tidak akan bertolak ansur dalam hal ini.
ii) Kerajaan berpuas hati bahawa projek Lynas adalah selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal.
iii) Kerajaan akan melaksanakan pemantauan yang berterusan terutamanya dari aspek keselamatan dan kesihatan radiasi.
iv) Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
v) Kerajaan tidak akan teragak-agak mengarahkan pemberhentian operasi sekiranya Lynas di dapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.