Latar Belakang
Bagaimana timbulnya isu Lynas
* Pada awal tahun 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek Lynas dan ditakuti memberi impak terhadap kesihatan dan keselamatan orang awam.
Bagaimana timbulnya isu Lynas
* Pada awal tahun 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek Lynas dan ditakuti memberi impak terhadap kesihatan dan keselamatan orang awam.
* Kebimbangan ini ditokok tambah dengan kebocoran loji nuklear di Fukushima lanjutan tragedi tsunami di Jepun.
* Ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, pada 22 April 2011, kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa bagi memastikan Lynas mematuhi semua aspke kesihatan dan keselamatan.
* Sementara menunggu keputusan kajian tersebut, Lynas tidak diberikan lesen pra-operasi dan tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari Australia.
Apakah Nadir Bumi?
* Nadir Bumi terhasil secara semulajadi adalah elemen penting di dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid, dan paparan skrin rata.
* Permintaan dunia untuk Nadir Bumi meningkat pesat dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan di mana China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.
* Pemprosesan Nadir Bumi ini mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hybrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga dan sebagainya.
* Industri ini akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan kimia.
* Industri sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri ini.
Apakah projek yang dilaksanakan oleh Lynas?
* Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) adalah syarikat milik penuh Lynas Corporation Ltd. Australia yang menjadi pengeluar dan menjual Nadir Bumi serta produk berkaitan dengannya.
* Lynas merancang untuk mengimport bahan mentah Nadir Bumi dari Mount Weld di Australia Barat dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.
* Lynas telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan "Nadir Bumi Oksida dan Karbonat" di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008 tertakluk kepada akta-akta berikut :
- Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
* Kilang Lynas di Gebeng akan mengeluarkan Nadir Bumi untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka. Residu yang terhasil dari proses pengilangannya akan dikitar semula sebagai produk komersil.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.