Monday, 17 December 2012

Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin Ke-12, 2012

Satu pertandingan debat paling berprestij di Zon Timur iaitu Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin Kali Ke 12 2012 telah diadakan di UiTM Dungun,  Terengganu.


Pertandingan diadakan pada 13 - 16 Disember 2012 dengan anjuran Kelab Debat dan Pidato UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Sebelum ini,  penulis sudah beberapa kali menjadi hakim bagi pertandingan Debat Bahasa Melayu tetapi kali ini memandangkan hakim bagi pertandingan Debat Bahasa Inggeris tidak mencukupi,  pihak urusetia telah memohon bantuan penulis untuk menjadi hakim bagi Debat Bahasa Inggeris.

Ini merupakan kali pertama penulis menjadi hakim bagi pertandingan Debat Bahasa Inggeris memandangkan sebelum ini penulis pernah menjadi hakim bagi pertandingan debat Bahasa Melayu walaupun sebelum ini penulis merupakan bekas pendebat Bahasa Inggeris mewakili UiTM Machang ke Pertandingan Debat Piala Rektor sewaktu penulis masih lagi menuntut di UiTM Machang satu ketika dulu.

Pada hari pertama,  penulis telah menghakimi 3 pertandingan debat manakala pada hari kedua,  bagi 2 pertandingan debat.  Bagi peringkat 'Quarter Finals' dan 'Semi Finals' serta 'Finals',  hakim-hakim yang lebih berpengalaman telah dipilih untuk menghakimi pertandingan Debat Bahasa Inggeris yang mana tajuk-tajuk bagi debat pun menjadi semakin sukar.

Bagi setiap pusingan,  3 'motion' akan diberikan kepada kedua-dua pasukan debat bagi pihak kerajaan dan pihak pembangkang di mana mereka akan memberikan 'ranking' tajuk mana yang paling mereka suka.  2 tajuk lagi kemudiannya akan dibuang.

Bagi pertandingan debat Bahasa Inggeris kali ini,  sistem 'Asean Parliamentary' telah digunakan berbeza dengan sistem 'British Parliamentary' yang digunakan di dalam pertandingan debat Bahasa Inggeris Piala Naib Canselor dan juga Women's Open baru-baru ini di UiTM Shah Alam.

Di antara tajuk-tajuk yang diberikan bagi pusingan 0,  1,  2,  3 dan 4 ialah seperti berikut :

Round 0 :

Motion :

THW stop making BM a compulsory passing subject for SPM.

In order to achieve 1Malaysia,  THBT vernacular schools should not exist.

THW replace moral classes with religious classes.

Untuk tajuk-tajuk bagi pendebatan pusingan 1 - 4,  penulis akan menyenaraikannya di dalam artikel yang seterusnya.

Teruskan bersama blog e-jakamas.



No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.