Wednesday 12 December 2012

Pandan Mewah Family Treasure Hunt "2" 2012

Seorang rakan yang tinggal di Ampang memohon bantuan menwar-warkan aktiviti ini. 

Aktiviti :  Pandan Mewah Family Treasure Hunt "2" 2012
Tarikh :  23 Disember 2012
Hari  :  Ahad
Jam  :  8.30 Pagi
Tempat  :  Kabin Rukun Tetangga Hata Square,  Taman Pandan Mewah,  Ampang

Tarikh akhir penyertaan :  16 Disember 2012

Sebarang pertanyaan & penghantaran borang beserta yuran penyertaan terus kepada :

Tuan Haji Abd Haffidz       019-219 4949
Encik Fazuwar        013-435 2108
YM Raja Intan        019-364 6442
Puan Nor Aslina        019-663 3031

Sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti ini disarankan agar menghubungi nombor-nombor yang tertera di atas bagi urusan pendaftaran.

Yuran Penyertaan RM10 bagi setiap peserta

**  Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kerosakan atau kehilangan harta benda peserta semasa acara berlangsung.

Latar Belakang : 

Program 'Family Treasure Hunt "2" 2012' yang merupakan program Kawasan Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah ("KRT TPM").  Ia bertujuan untuk mendedahkan para penduduk Taman Pandan Mewah kepada aktiviti yang bermanfaat di samping dapat memupuk warga Taman Pandan Mewah yang aktif.  Selain daripada itu,  para penduduk juga dapat mempelajari erti kerjasama berpasukan.

Objektif :

>  Melahirkan warga penduduk Taman Pandan Mewah yang aktif.

>  Melahirkan semangat kerjasama berpasukan.

>  Mewujudkan semangat kejiranan dan perhubungan antara kaum di Taman Pandan Mewah secara khusus dan di Malaysia secara umumnya.

>  Mewujudkan integrasi nasional dengan harmoni,  selamat dan toleransi di Taman Pandan Mewah secara khusus dan di Malaysia secara umumnya.

>  Membolehkan komuniti setempat berkenalan,  saling membantu di dalam mengatasi masalah,  berinteraksi dan membina hubungan baik di antara satu sama lain.

Syarat-syarat dan Peraturan :

1.   Penyertaan terbuka kepada semua penduduk Pandan Mewah.  Penyertaan peserta luar dari Pandan Mewah bergantung kepada kelulusan pihak penganjur.

2.   Pihak penganjur amat menggalakkan penyertaan ahli keluarga bagi setiap kumpulan.

3.   Penyertaan adalah secara berkumpulan.  Setiap kumpulan perlu mempunyai minimum dua (2) peserta dan maksimum empat (4) peserta.

4.   Setiap kumpulan perlu menamakan kumpulan masing-masing.

5.   Kawasan pertandingan adalah di persekitaran Taman Pandan Mewah sahaja.  Maka,  kenderaan adalah tidak diperlukan.

6.   Sekurang-kurangnya seorang ahli kumpulan perlu menghadiri sesi penerangan pada 21 Disember 2012 (Jumaat) jam 9:00 malam bertempat di Kabin Rukun Tetangga Hata Square,  Taman Pandan Mewah.

7.   Setiap peserta akan diberikan tag pada hari pertandingan.

8.   Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu :-

     a.  Kuiz dan Acara Sukan

           Jawapan yang betul bagi setiap soalan akan diberikan maksimum 5 markah manakala jumlah markah yang diperolehi dalam acara sukan juga akan dikira sebagai markah di dalam pertandingan ini.

      b.  Treasures

            Senarai treasures akan diberikan di setiap checkpoint.  Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan treasures pada tempat penamat iaitu di Kabin RT Hata Square.  Setiap treasure yang betul akan diberikan 20 markah.

9.    Pertandingan akan mempunyai 4 checkpoint yang terletak di kawasan Pandan Mewah.

10.  Setiap kumpulan diwajibkan singgah disetiap checkpoint.

11.   Di setiap checkpoint,  setiap kumpulan diperlukan untuk  :-

        a.  Menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh marshal bertugas dan juga menamatkan acara-acara sukan yang disediakan.

        b.  Mencari treasures dan menyerahkan treasures tersebut pada tempat penamat.

12.   Setiap pasukan diberikan selama 30 minit untuk menjawab soalan dan mencari treasures di setiap checkpoint.

13.   Masa akan dikira dari mula pertandingan dan kumpulan yang melebihi dua (2) jam dari masa permulaan akan dikenakan penalti.

14.   Penalti adalah dengan pemotongan markah sebanyak 2 markah bagi setiap minit lewat sehingga maksimum 30 minit.

15.   Kumpulan yang melebihi 2 jam dan 30 minit akan dibatalkan penyertaan.

16.   Hakim akan menjumlahkan markah berdasarkan ketepatan jawapan dan treasures dan kumpulan yang memperolehi markah terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

17.   Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama,   kedua dan ketiga.  Hadiah-hadiah selain dari tempat pertama,  kedua dan ketiga akan diumumkan kemudian.

18.  Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang protes tidak akan dilayan.







No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.