Monday 31 December 2012

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia (i)

1.  Mengenai FELDA


*  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan di bawah bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1 Julai 1956.



*  FELDA bertanggungjawab dalam pembangunan pertanian serta tanah rancangan dan peneroka.  Mulai April 2004,  FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.


2.  Mengenai FELDA Holdings Bhd (FHB)



*  FELDA Holdings Bhd (FELDA Holdings) adalah salah satu perusahaan berasaskan agro paling pelbagai dan terbesar di Malaysia yang menjalankan perniagaan komersil berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).



*  FHB menyediakan perkhidmatan teknikal dan sokongan untuk kira-kira 550,000 hektar milikan peneroka FELDA.



*  FHB juga memiliki dan menguruskan perkhidmatan sokongan hiliran untuk sektor perladangan,  juga memiliki serta mengurus perkhidmatan sampingan dalam sektor perkhidmatan IT,  kejuruteraan,  khidmat logistik dan penyimpanan.



3.  Perbezaan antara FELDA dan FHB



*  FELDA adalah sebuah agensi kerajaan manakala FHB adalah syarikat perniagaan FELDA.



4.  Mengenai FELDA Global Ventures Holding (FGVH)



*  FVGH Sdn Bhd diperbadankan pada 19 Disember 2007 sebagai sayap untuk memacu kepelbagaian dan globalisasi kumpulan niaga.



*  Pada 18 Januari 2012,  FGVH telah ditukar kepada Syarikat Awam Berhad dan dikenali sebagai FELDA Global Venture Holdings Berhad.



*  Pelancaran FGVH merupakan langkah berani FELDA menjadi sebuah syarikat multinasional (MNC) dalam bidang pertanian multi-crop di peringkat antarabangsa.



*  Tujuan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada Mei 2012 bertujuan mengangkat martabat masyarakat FELDA ke peringkat global seterusnya meningkatkan ekuiti bumiputera di pasaran modal negara.



5.  Faedah yang diperoleh setelah penyenaraian FGVH



*  Membuka ruang dan peluang komersil di peringkat global.  Peneroka secara tidak langsung boleh menyertai perniagaannya dengan memiliki saham dalam FGVH dan seterusnya mendapat dividen.



*  Peneroka juga menerima sagu hati sebelum penyenaraian ini bagi tujuan menghargai sumbangan dan dedikasi mereka selama ini.



6.  Perbezaan antara FELDA dan FGVH



*  FELDA bertanggungjawab dalam menjaga dan mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi peneroka di seluruh negara.



*  FGVH berperanan dalam mempelbagaikan dan memperbesarkan perniagaan Kumpulan FELDA di peringkat dunia.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.