Saturday 8 December 2012

Permohonan sumbangan sempena Konvokesyen Kolej Cybernetics


Alhamdulillah. Pada 6 Disember 2012 pihak Jakamas sudah menyerahkan sumbangan kepada Perdana Global Peace Foundation untuk Tabung Kecemasan Gaza. Jutaan terima kasih kepada para penyumbang.

Pihak Jakamas ingin memohon sumbangan daripada mana-mana individu atau badan untuk sumbangan (minima RM200) sempena Konvokesyen Kolej Cybernetics di PICC pada 22 Disember 2012 pada jam 7 pagi - 6.30 petang.

Nama penyumbang akan dimasukkan ke dalam buku cenderamata konvokesyen.

Sewa gerai bagi mana-mana pihak yang berminat untuk berniaga sempena majlis Konvokesyen Kolej Cybernetics ialah RM450.

Sila inbox saya untuk maklumat lanjut dan sumbangan atau sewaan gerai. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.