Masalah sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini begitu meruncing.
Antara contoh masalah sosial remaja pada hari ini ialah merempit, meragut, mencuri motosikal, bohsia, bohjan, menagih dadah serta pergaulan bebas.
Satu lagi masalah yang kelihatan begitu kritikal dan kian menggejala ialah pusat urut yang sebenarnya melindungi kegiatan pelacuran. Inilah antara punca utama yang menyumbang kepada masalah sosial masyarakat kita kini.
Kebanyakannya didalangi atau dimonopoli oleh tauke-tauke Cina yang berkepentingan.
Antara contoh masalah sosial remaja pada hari ini ialah merempit, meragut, mencuri motosikal, bohsia, bohjan, menagih dadah serta pergaulan bebas.
Satu lagi masalah yang kelihatan begitu kritikal dan kian menggejala ialah pusat urut yang sebenarnya melindungi kegiatan pelacuran. Inilah antara punca utama yang menyumbang kepada masalah sosial masyarakat kita kini.
Kebanyakannya didalangi atau dimonopoli oleh tauke-tauke Cina yang berkepentingan.
Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, 18,053 China Dolls diberkas oleh pihak berkuasa.
Pelacur China didapati menduduki statistik teratas dalam tiga tahun berturut-turut, tahun 2009 (5,753), 2010 (6,378) dan 2011 (5,922).
Mengambil kira lebih 6,000 pelacur China diberkas setahun, dijangkakan jumlah tangkapan pelacur dari Negara Tembok Besar di penghujung tahun ini mampu mencecah 24,071.
Mengikut statistik dicatatkan oleh Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 Bukit Aman, di antara awal Januari dan 15 Februari 2012, 177 pelacur Indonesia diberkas.
Pelacur dari China jelas mendominasi jumlah tangkapan, 653 berbanding Vietnam (367), Thailand (300), Filipina (55), Uzbekistan (19), Myanmar (14), Monggolia (6), Kemboja (10), Bangladesh (9), Nigeria (4), Sri Langka (4) dan India (1).
Modus operandi kegiatan pelacuran kini juga sudah jauh berbeza. Jika pada satu masa dulu,
Lumpur untuk mencari pelacur, tetapi kini pelanggan cuma perlu ke rumah urut yang merupakan topeng kepada premis pelacuran yang dilengkapi alat penghawa dingin.
Dengan ini, kami amat terkilan dengan kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu yang dilaporkan membuat kenyataan di dalam Utusan Malaysia di dalam satu laporan yang bertajuk "Ronnie nafi pusat urut punca masalah sosial" bertarikh 12 Julai 2012 dimana dia telah menolak alasan kewujudan banyak rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang kepada masalah sosial di negeri Selangor ini.
Kenyataannya yang menyatakan ia sebenarnya melibatkan isu penguatkuasaan yang memerlukan operasi bersepadu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) hanyalah satu kenyataan yang lepas tangan dan juga semata-mata hendak meletakkan kesalahan ke atas penjawat awam yang rata-ratanya orang Melayu.
Walau bagaimanapun, isu penguatkuasaan ini juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri di mana terdapat penjawat awam yang tidak amanah dan tidak berintegriti yang sanggup melindungi kegiatan tidak bermoral ini sekaligus menjadi penyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat keseluruhannya pada masa sekarang.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.