Monday, 16 July 2012

Hapuskan sindrom 'Rebel Without Cause'

Segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di universiti awam dan swasta pada masa sekarang menunjukkan sikap 'anti-establishment' dan menentang kerajaan.


Jika itulah senario yang dapat kita lihat sekarang,  begitulah juga senario sedekad,  dua dekad malah empat dekad yang lepas pun.

'Anti-establishment' merujuk kepada sikap radikal, rebel,   melawan arus,  dan pro-pembangkang.

Jom kita imbas kembali era kebangkitan mahasiswa pada tahun 1971-1975 di mana ia dipelopori oleh mahasiswa Universiti Malaya di Bangsar dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Bagi mengekang Peristiwa 13 Mei,  pada tahun 1971,  Rukunegara telah pun diperkenalkan.

Demonstrasi Baling berlaku bilamana mahasiswa mengadakan demonstrasi di pelbagai tempat kerana pada waktu itu terdapat sudut pidato dan mahasiswa berucap lantang dan mengkritik
kerajaan berkaitan dengan rakyat miskin di Baling.

Media pula melaporkan terdapat penoreh getah di Baling yang mati akibat miskin melarat atau makan ubi kayu sahaja.

Zainuddin Maidin yang merupakan wartawan Utusan Melayu telah pergi menyiasat dan mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Mahasiswa semakin meradang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti telah digubal bagi mengekang pelajar supaya pelajar belajar sahaja di bilik kuliah.

Ini kerana pelajar suka menghabiskan masa dan tidak mahu belajar.  Kebanyakannya mahasiswa Melayu manakala mahasiswa Cina dan India menumpukan kepada pelajaran sahaja.

Disebabkan ada berita yang mengatakan ada penduduk Baling yang mati kebuluran,  Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu,  Dr Mahathir Mohamad telah meminta senarai nama penduduk Baling yang mati kebuluran.

Pelajar yang enggan bersurai telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1941 ialah :
 

1-  Anwar Ibrahim - ditahan di bawah ISA pada 14 Disember 1974 atas kesalahan menghasut mahasiswa mengadakan demonstrasi haram.
2-  Idris Sanusi
3-  Ibrahim Ali
4-  Hishamudin Rais - melarikan diri ke luar negara.

Sila rujuk artikel dari Bernama.

11,764 Peminjam PTPTN Tak Perlu Bayar Pinjaman Kerana Cemerlang Degree

BANDAR TUN RAZAK (Pahang): Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa

apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini, Ahad.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.

Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. 
BERNAMA,  22 Mei 2012

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.