Tuesday, 17 July 2012

Tugas mahasiswa ialah belajar





AUKU 1971 [Klik di sini] ialah satu akta yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia dan telah diperkenalkan oleh Raja pada 27 April 1971.

Ianya telah dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Sebenarnya akta ini bertujuan baik kerana ianya mengekang mahasiswa daripada membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan sebab utama mahasiswa terpilih ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta iaitu untuk belajar.

Bilakah para mahasiswa dan mahasiswi mengulangkaji pelajaran mereka jika mereka asyik menghabiskan masa berdemostrasi jalanan dan berkhemah di Dataran Merdeka?

Mahasiswa dan mahasiswi ke universiti atau kolej untuk menimba ilmu bagi mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah.

Jadi seharusnya mereka menumpukan perhatian kepada aktiviti menimba ilmu bagi menjadi orang yang berguna kelak bila sudah habis pengajian nanti.

Tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar dan AUKU [Klik di sini]
sebenarnya digubal untuk menjaga masa depan pelajar juga.

Selepas habis belajar dan sudah bekerja nanti,  para graduan boleh melakukan apa sahaja termasuklah melibatkan diri dengan politik.

Oleh itu,  semua mahasiswa janganlah jadi seperti mahasiswa [Klik di sini] yang lebih suka membuang masa melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang serta malas belajar.

Belajarlah bersungguh-sungguh agar mendapat Ijazah Kelas Pertama seterusnya agar pinjaman PTPTN [Klik di sini]
 akan ditukar menjadi biasiswa.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.