Tuesday 10 July 2012

Surat kepada Pengarang : Isu Dong Zong


Saudara Pengarang,

Merujuk kepada laporan di dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 19 Jun 2012 yang bertajuk “Syed Ali bidas Dong Zong”,  saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Syed Ali Alhabshee kerana begitu lantang bersuara mempertahankan kerajaan Barisan Nasional daripada fitnah yang telah dilemparkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Bersatu Malaysia (Dong Zong).




Dakwaan kononnya kerajaan persekutuan meminggirkan aspek pendidikan kaum Cina di negara ini adalah satu pembohongan yang amat besar dan tidak berasas sama sekali.


Berdasarkan kepada satu laporan akhbar di dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 18 Mei 2012 yang bertajuk “4,374 sekolah terima peruntukan RM987.1 juta” di mana sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini, ternyata dakwaan Dong Zong amat meleset dan mempunyai maksud lain.


Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah mengumumkan peruntukan Belanjawan tahun 2012 sebanyak RM2.5 juta disalurkan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.


Isu penting bukan masalah fizikal yang dibantu atau tidak oleh kerajaan, sama ada anjuran swasta atau yang dibiayai oleh kerajaan,  tetapi faktor pengisian yang perlu diperjuangkan oleh Dong Zong.  Ini kerana kebanyakan bekas-bekas pelajar sekolah vernakular,  faktor peningkatan moral dan penguasaan ilmu oleh pelajar sekolah vernakular perlu dipertingkatkan kerana peratusan mereka yang lemah dari segi moral,  akhlak dan syakhsiah pelajar adalah di tahap yang membimbangkan apabila mereka naik di kebanyakan sekolah menengah di seluruh negara.

Sebagai contoh yang paling ketara ialah apabila seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Pandan Mewah telah difitnah mencabul 11 orang pelajar perempuan Cina di mana pertuduhan itu dimanipulasi oleh Jenice Lee dan DAP untuk menjadikan seorang guru Melayu sebagai mangsa putar-belit rasis kiasu.

Di dalam pertuduhan itu,  Ismazi atau Megat Ismazi Ismail,  48,  telah didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar berbangsa Cina itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi,  25 Februari lalu. Kenyataan sebenarnya ialah pelajar-pelajar tersebut dikhabarkan terdiri daripada pelanggar disiplin sekolah yang tegar dan karenah biadab dan pencabulan peraturan sekolah di kalangan mereka juga berterusan walaupun kes mereka masih dalam perbicaraan.

Jika kelak pihak mahkamah mendapati bahawa Cikgu Ismazi tidak bersalah di dalam kes ini malah sebenarnya mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang berkepentingan,  maka pihak Jaringan Pengkarya Maya Wanita Melayu Selangor (JAKAMAS) ingin menyarankan kepada Cikgu Ismazi agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Jenice Lee dan DAP serta  kesemua 11 orang pelajar perempuan Cina.

Jadi kesimpulannya ialah Dong Zong sebenarnya cuba menangguk di air keruh dan memberikan asakan dan tekanan kepada pihak kerajaan pada waktu menjelang PRU umum yang ke 13 ini dengan membuat dakwaan dan tuntutan yang tidak berasas sama sekali.


NOTA :  Surat ini telah di e melkan kepada pengarang Utusan Malaysia pada 19 Jun 2012 tetapi tidak disiarkan.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.