Friday 13 July 2012

Jenayah membawa padah, DAP akan rebah





Pencegahan jenayah adalah tanggungjawab kita bersama.  Usaha pencegahan jenayah pula haruslah berterusan memandangkan jenayah boleh berlaku bila-bila masa dan dimana sahaja.  Komitmen ini haruslah total.

Selepas pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah,  kadar
jenayah di seluruh negara menyaksikan penurunan mendadak.

Peratusan penurunan jenayah pada tahun 2010 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu pengurangan 5 peratus bagi jenayah indeks dan 20 peratus jenayah jalanan.





Para pembaca boleh membaca statistik kes jenayah pada tahun 2010 [klik di sini].

Anda juga boleh ke laman PDRM [klik di sini] untuk membaca senarai kejayaan polis membanteras jenayah. 

Di antara beberapa contoh kejayaan pihak polis membanteras jenayah yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan ialah Sindiket curi kereta tumpas [klik di sini] dan Sindiket curi telefon awam ditumpaskan [klik di sini].

Oleh itu,  amatlah tidak wajar bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP,  Ng Wei Aik yang telah menghina pihak polis kerana memandang rendah keupayaan polis ketika 'ujian' pencegahan
jenayah yang dijalankan oleh MCA di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kita sedia maklum DAP adalah sebuah parti yang sebenarnya rasis,  anti-Melayu,  anti-Islam dan sering kali pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang menghina PDRM (majoriti anggota-anggotanya ialah orang Melayu yang beragama Islam),  Raja-Raja Melayu,  orang Melayu,  agama Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Perlembagaan Negara kita.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.