Tuesday, 17 July 2012

Mahasiswa perlu lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran



Kebanyakan siswazah mempunyai pelbagai cara yang konstruktif untuk memajukan diri mereka agar menjadi bakal pekerja yang bukan hanya mempunyai keputusan pelajaran yang cemerlang tetapi juga mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang yang penting supaya tidak menjadi kurang laris [Klik di sini].

Itupun jika mereka meluangkan masa berharga mereka untuk memperbaiki diri mereka agar menjadi lebih 'marketable' kepada bakal majikan dengan memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran lain selain daripada yang dipelajari di universiti semata-mata.

Statistik terkini dari Jabatan Perangkaan yang dilaporkan pada
9 Mei 2012 [Klik di sini] menunjukkan seramai 76,200 siswazah menganggur tidak mahir.
 
Sila baca laporan statistik perburuhan dan sumber manusia
2011 [Klik di sini].  
 

Ini adalah di antara cara-cara yang boleh siswazah lakukan untuk meningkatkan kemahiran diri mereka.

1.  Bloging

Dengan melibatkan diri secara aktif melalui bloging,  anda akan dapat meluahkan dan memahirkan diri anda dengan seni menulis melalui cara yang lebih santai.

2.  'Charity Community'

Siswazah patut melibatkan diri mereka dengan kerja-kerja kebajikan seperti memberikan khidmat tuisyen percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan serta mengambil bahagian di dalam program anak angkat yang dianjurkan oleh universiti.  Dengan itu,  mereka akan dapat pengalaman berharga yang tidak dapat ditukar gantikan dengan wang ringgit.

3.  Pertukaran pelajar

Kebanyakkan program pertukaran pelajar adalah di antara kampus atau juga intra universiti.  Begitu juga pelajar yang terlibat dengan program ini,  mereka adalah mereka yang terpilih sahaja atau pun 'the chosen few'.  Oleh itu,  program ini sepatutnya diperluaskan agar dapat disebarkan kepada semua mahasiswa dan bukan segelintir sahaja.

4.  Orientasi kepimpinan

Pengajian samada di sekolah atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta sekarang adalah 'exam-oriented' iaitu pelajar lebih menekankan kepada penghafalan daripada pemahaman.  Sepatutnya semua pelajar dapat merasai dan mempelajari bidang ilmu lain selain apa yang sedang mereka pelajari.  Jadi orientasi kepimpinan haruslah lebih berlandaskan kepada aktiviti ilmu.

5.  Orientasi kemahiran insaniah atau 'soft skill' 
Penguasaan ilmu harus diseimbangkan dengan kareer.  Oleh itu,  seseorang mahasiswa haruslah mempunyai kemahiran di dalam semua bidang.  Contohnya,  mereka perlu menguasai bidang teknologi asas,  bidang psikologi,  pengurusan,  kesejahteraan keluarga dan nilai-nilai moral.

Mahasiswa juga perlukan penguasaan bahasa dalam pelbagai bahasa-bahasa komuniti setempat dan bahasa kebudayaan.

Mahasiswa juga perlukan penghayatan muzik,  hiburan dan sastera yang perlu diperkembangkan secara harmoni supaya pengaruh muzik dan budaya lucah tidak merosakkan minda mereka.  Contohnya muzik barat dan K-Pop memaparkan budaya lucah di mana fesyen pemakaian mereka,  kandungan muzik mereka mengandungi unsur-unsur yang merosakkan pegangan agama dan nilai-nilai moral.  Bagi orang Islam,  ianya boleh meruntuhkan iman.  Bagi yang bukan Islam,  ianya boleh meruntuhkan moral di mana ini adalah merupakan agenda tersembunyi pihak Yahudi.

6.  Jangan memilih kerja
Tidak semestinya graduan yang menceburi bidang komunikasi media contohnya apabila tidak mendapat kerja di dalam bidang pengkhususannya harus terus menganggur sehinggalah beliau mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusannya.  Sebaliknya,  bekerjalah dalam bidang apa sahaja untuk menimba ilmu dan pengalaman bekerja sebelum mungkin mendapat rezeki di dalam bidang yang dikhususkan itu.

No comments:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.